Kek Batik

>> Friday, November 4, 2011


Ada seorang sahabat baik Remy yg ingin pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga tersayang sempena Hari Raya Haji yg jatuh pada hari Ahad ini bersamaan pada 06hb November 2011. Disebabkan dah lama Remy kenal dia dan disebabkan dia suka sangat Kek Batik, maka Remy ambil keputusan untuk membuat Kek Batik untuk dia bawa ke kampung halaman yg mengambil masa perjalanan selama 2 setengah jam dari Shah Alam.

Remy mula membuat Kek Batik ni pada pukul 10.30 pm setelah selesainya Anugerah Skrin 2011 di TV3 dan selesai semuanya pada pukul 11.30 pm. Bahan-bahan x perlu beli sebab dah memang tersedia banyak bahan-bahan untuk membuat Kek Batik kat rumah ni, di bawah ni Remy ingin berkongsi dengan kengkawan semuanya cara-cara untuk menyediakan Kek Batik yg biasa Remy buat ni (mudah jer). 

Bahan-bahan :

01. Milo - 200 gram
02. Serbuk Koko - 04 Sudu
03. Air Panas - 04 Sudu
04. Esen Vanilla - 01 Penutup Esen Vanilla
05. Telur Ayam Gred A - 05 Biji
06. Susu - 01 Tin
07. Butter / Mentega - 150 gram
08. Biskut Marie - 250 gram

Cara-cara :

01. Campurkan semua bahan di atas kecuali Butter / Mentega dan Biskut Marie dan gaul sehingga jadi seperti picture di bawah ni (jangan nyalakan api).



02. Nyalakan api perlahan dan kacau selama 15 - 20 minit hingga menjadi seperti picture di bawah ni (jadi ketat dan kenyal macam dodol tapi sekenyal dodol).


03. Kemudian masukkan Butter / Mentega yg telah dipotong dadu dan gaulkan lagi.


04. Gaulkan Butter / Mentega tadi sehingga cair dan jadi seperti picture di bawah ni.


05. Sediakan Biskut Marie yang telah di patah dua atau empat supaya mudah nak di campurkan dengan adunan tadi.


06. Gaulkan Biskut Marie yg telah di patahkan tadi bersama adunan tadi sehingga menjadi seperti picture di bawah ni.


07. Tutup api supaya Kek Batik yg hampir siap tadi tidak hangus dan sediakan bekas untuk Kek Batik seperti picture di bawah ni.


08. Masukkan Kek Batik yg hampir siap tadi ke dalam bekas mengikut kehendak dan keperluan masing-masing (dah macam dalam kelas Ekonomi Asas pula), kemudian padatkan Kek Batik tadi sehingga jadi seperti picture di bawah ni.


Siap sudah Kek Batik yg Remy buat ni, mudah-mudahan kengkawan semua mencuba membuat Kek Batik yg agak mudah dan senang ni.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment