Hi Tea with Kak Heze & Pojie

>> Thursday, December 1, 2011

Sempena awal bulan Disember dan sempena bulan terakhir bagi tahun 2011, Remy ingin merapatkan lagi silaturahim antara sahabat paling lama Remy antaranya adalah Pojie dan Kak Heze.

Remy telah berkenalan dengan mereka berdua sejak zaman Bloggers lagi iaitu pada pertengahan tahun 2008, paling awal Remy berjumpa adalah dengan Pojie iaitu pada bulan Ramadhan tahun 2008 iaitu semasa berbuka puasa bersama Bloggers di SOGO (klik sini).

Ok sambung balik cerita k...

Kami bertiga rancang jumpa di SACC Mall Shah Alam pada pukul 03.00 pm untuk lunch di petang hari bersama-sama tapi disebabkan aktiviti kami telah dihidu oleh paparazzi maka lokasi kami telah diubah di saat-saat akhir iaitu di Plaza Masalam Shah Alam.


Disebabkan kami telah diserbu oleh peminat di pintu masuk Plaza Masalam Shah Alam, maka kami dapat berjumpa pada pukul 03.37 pm di hadapan Krispy Kreme dan terus menuju ke lokasi tempat kami dijadualkan lunch iaitu di Subway.


Di bawah ni adalah Kak Heze, duta air oren kegilaan ramai.




Di bawah ni pula adalah Pojie, duta Italian B.M.T bagi company Subway.



Dan ini pula adalah peminat setia Pojie, we love u Pojie. Blink3x



Auntie yang telah menyediakan hidangan kami berdua, opsss Kak Heze x makan sebab on diet hahaha...



Sambil makan, kami bertiga berborak mengenai masa depan dan masa lampau masing-masing. Teringin di hati kecil Remy untuk berkumpul beramai-ramai macam 3 dan 4 tahun yang lalu, rindu semua kawan-kawan Blogger Remy yang ensem-ensem, cantik-cantik dan kendu-kendu (rindu laga-laga pipi dengan korang semua).



Disebabkan masa amat mencemburui kami, dan disebabkan Pojie ada urusan penting di KLCC maka kami bertiga terpaksa berpisah sekali lagi (tak tau lah bila boleh bertemu lagi).

Sekian...

2 comments:

Pojiepooh Abdullah December 2, 2011 at 4:40 PM  

rindu nak lagapipi dan lagaperut dengan semua ;p

RemyLC December 2, 2011 at 5:23 PM  

Pojie, hehehe laga perut sebab masing-masing dah timbul perut LOL...

Post a Comment