Irsa Vokal Bukan Sekadar Rupa

>> Tuesday, December 13, 2011

Hi kengkawan semua...

Remy nak cerita sikit tentang kisah beberapa hari / beberapa minggu yang lepas, perkara ni berlaku pada 07hb Disember 2011 (Rabu) dan baru hari ni Remy teringat untuk update, biasalah Blog Remy ni semuanya cerita tentang kisah-kisah yang dah basi tapi ada Remy kisah sebab ni kan Blog Remy...


Kisahnya begini,

Peserta wanita Vokal Bukan Sekadar Rupa yang famous kat TV3 tu adalah pelanggan di Laundry Remy sejak dari awal rancangan tersebut, antaranya adalah Mafa, Asmidar & Irsa. Dah lama dah Remy nak minta bergambar sama dengan diorang bertiga tapi perasaan malu dan segan tu membuak-buak sampaikan mulut x boleh nak berkata-kata.


Tapi pada 07hb Disember 2011 (Rabu) yang lalu, setelah Irsa disingkirkan dari Vokal Bukan Sekadar Rupa pada 04hb Disember 2011 (Ahad) yang lalu Irsa datang ke Laundry Remy untuk mengambil pakaian yang telah dicuci untuk di bawa pulang. Time ni perasaan Remy dah x tahan untuk minta bergambar sama sebab dalam hati terfikir "Ni last Irsa datang, so better minta bergambar sekarang daripada x dapat langsung".




So dengan x malu Remy berkata "Kak Irsa, nak minta gambar sama boleh ?", OMG Remy panggil dia Kak Irsa padahal dia lagi muda dari Remy, tapi apa nak buat sebab dah terlanjur kata cewwah...

Dengan lemah lembut dan sopan santun Irsa menjawab "Ooo boleh jer, sila lah". Time ni Remy rasa malu sangat sambil tangan mencapai Canon EOS 350D Remy yang dah uzur dan usang, sambil mendukung anak buah kesayangan Remy iaitu Qistina. Terima kasih Remy ucapkan buat adik Remy iaitu Nor Farzana yang telah mengambil picture yang cantik ni, hehehe...




Irsa tersangat peramah, x sabar nak tunggu kedatangan Asmidar dan Mafa ke Laundry Remy (nak minta bergambar sama, hehe...).

Sekian...

0 comments:

Post a Comment