Lunch at Belanga with Faizul

>> Friday, December 23, 2011

Tarikh : 23hb Disember 2011 (Jumaat)
Masa : 12.30 pm - 02.40 pm
Lokasi : Empire Shopping Gallery & Subang Parade


Jumaat, ramai yang berebut-rebut ke Masjid untuk melakukan Solat Jumaat tapi Remy berebut-rebut ke Empire Shopping Gallery yang berlokasi di Subang Jaya.


Remy ke Empire Shopping Gallery bukannya untuk ke Fitness First aka workout (dah lama x workout, tapi still gagah perkasa aka tough) tapi Remy ke sana adalah untuk lunch bersama kawan Remy iaitu Faizul di Belanga.




Tiba di Empire Shopping Gallery pada pukul 12.15 pm dan Remy berjumpa dengan Faizul pada pukul 12.30 pm dan terus menuju ke Belanga untuk mengisi perut yg kekosongan dan kelaparan.

Antara menu yang Remy pilih di Belanga adalah seperti di bawah ni :

Nasi Kerabu bersama Ayam Percik (Faizul pilih daging)



Satay Ayam Belanga



Dan minuman yang Remy pilih adalah Jus Avocado manakala Faizul pilih Nescafe Ais
Sambil makan, kami berdua bercerita tentang apa yang dilakukan sekarang. Lama juga x jumpa dengan Faizul ni, rasa-rasanya dah sebulan lebih so banyaklah yang nak dikongsi bersama.

Habis jer makan dan masing-masing dah kekenyangan, rehat sebentar bersama Kit Kat hahaha gurau jer. Dah kenyang mestilah rest jab sebab dah senak usus ni memproses apa yang dah dimasukkan ke dalam.

Selesai usus memproses, kami berdua mula melakukan aktiviti seterusnya iaitu mencari aksesori untuk BlackBerry baru Remy iaitu BlackBerry Torch 9860 di Subang Parade (terpaksa ke Subang Parade sebab Empire Shopping Gallery x der kedai aksesori handphone).

Sampai di Subang Parade (depan Empire Shopping Gallery jer), proses mencari aksesori dimulakan dan setelah beberapa kedai ditanya dan disoalselidik akhirnya Remy jumpa apa yang Remy inginkan dan idamkan untuk BlackBerry Remy, biasalah handphone baru beli mestilah sayang and manja (lama-lama campak jer).



Dapat apa yang diinginkan, tiba-tiba tengok jam dah pukul 02.40 pm so Remy dan Faizul terpaksa berpisah dan ke haluan masing-masing sebab pukul 03.00 pm Faizul ada program yang perlu dihadiri.

Anyway, thanks to Faizul sebab sudi lunch bersama Remy.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment