Ombak Rindu at MBO, Space U8 with Nadiah

>> Monday, December 19, 2011

Tarikh : 17hb Disember 2011 (Sabtu)
Masa : 02.30 pm - 06.15 pm
Lokasi : Space U8, Shah Alam


Ombak Rindu...

Itulah yang selalu Remy dengar dari Radio, TV, website, surat khabar, kengkawan dan sebagainya. Pada 16hb Disember 2011 iaitu pada hari Jumaat yang lalu, Remy telah diajak oleh Nadiah untuk menonton Ombak Rindu di pawagam pertama Shah Alam iaitu di MBO yang bertempat di Space U8.


Dan pada 17hb Disember 2011 bersamaan pada hari Sabtu, bermulalah perjalanan kami berdua ke Space U8 untuk menonton Ombak Rindu.







Ombak Rindu ditayangkan pada pukul 02.30 pm tetapi kami berdua masuk pada pukul 02.50 pm kerana mengalami masalah teknikal (keluar lambat hahaha...). Dalam hati Remy berkata "Biarlah lambat, bukannya best pun cerita melayu ni" tapi semasa menonton Ombak Rindu, hati Remy tersentuh dan air mata mengalir tanpa henti (tiba-tiba terasa sedih sesangat, hurmmm...).

Habis jer Ombak Rindu, Remy mengambil masa untuk menghapuskan air mata sementara lampu pawagam belum dinyalakan (malu kalau orang nampak). Keluar jer dari pawagam Remy buat-buat macam x sedih padahal dalam hati masih menangis teresak-esak (apa nak buat, cerita sedih sangat so tabahkan jer lah).






Habis menonton Ombak Rindu, Remy dan Nadiah ke bahagian tengah Space U8 yang masih lagi sunyi (x ramai sangat yang datang sebab Space U8 ni belum dirasmikan lagi). Di bahagian tengah tersebut, kami berdua tertarik dengan satu kedai kecil yang ada menjual Sengkuang Celup. Rasa Sengkuang Celup x der lah sedap sangat macam yang digambarkan, rasa macam rojak buah jer (membazir jer RM 2.00 beli Sengkuang Celup tu).



Puas lepak kat bahagian tengah Space U8 dan setelah dihalau oleh Pak Jaga Bangla sebab kami berdua duduk kat kawasan di larang duduk (x tau sebab x der notis yang mengatakan di larang duduk), so kami berdua ke Fresh2U untuk membeli belah barangan keperluan.

Nadiah membeli barangan keperluan Taska De'Comel seperti sayur-sayuran dan daging untuk dibuat bubur, syampoo, sabun dan sebagainya manakala Remy pula membeli barangan keperluan harian seperti deodorant dan makanan ringan (tu jer yang penting buat Remy buat masa ni, kalau dah ada GF barulah boleh beli barang untuk GF hurmmm...).




Setelah duit RM berkurangan di Fresh2U, kami berdua ke SpaceWok untuk mengisi usus kecil, usus besar, perut dan sebagainya yang ada dalam tubuh badan Remy yang seksi dan menggoda ni. Tak tau lak Remy apa maksud FreshWok tu, Fresh tu tau lah segar tapi yang Wok tu Remy x berapa faham maksudnya (maybe sempena nama Wak Indon yang buat building Space U8 ni kot).



Di bawah ni adalah menu pilihan Remy yang sedang on diet iaitu Nasi Putih berkuah Sambal Belacan, Ikan Keli dan Telur Masin.



Dan yang ni pula menu pilihan Nadiah iaitu Nasi Putih berkuah Sambal Tempe, Ikan Keli dan Keropok.



Tengah makan, tetiber terasa nak makan Ikan Bakar so kami berdua order Ikan Pari Bakar dan Kerang Bakar.



Picture bawah ni sekadar hiasan sebab Nadiah suruh Remy snap, katanya cantik tapi dalam hati Remy berkata "Cantik apa nya, cantik lagi kambing tengah ragut rumput". 



Di bawah ni lah Ikan Pari Bakar dan Kerang Bakar yang telah kami order, rupa dan bentuk memang cantik dan menyelerakan tapi rasanya memang mengecewakan dan menyedihkan. Tak tau apa yang pekerja tu bakar sebab x panas langsung, x panas tu x per lah juga sebab boleh di makan. Ni dah lah x panas, pastu x masak dan ada kerang-kerang yang dah busuk (OMG apa lah diorang ni, bagi orang makan macam ni).



Selesai makan, kami berdua terpaksa mengundurkan diri sebab jam dah menunjukkan pukul 06.15 pm. Kalau dah banyak kedai kat Space U8 baru lah boleh lepak lama-lama, so masa untuk balik.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment