Spaghetti Bolognese

>> Saturday, December 24, 2011

Malam nanti Remy dan Nadiah akan menyambut Birthday my auntie (Rozie Othman - Nadiah's mom) so menu pilihan kami adalah Spaghetti dan Nadiah telah memberi Remy menu Spaghetti Bolognese yang sangat sedap dan lazat (sama jer maknanya).

Pukul 08.30 pm Remy memulakan operasi memasak dan Remy nak kongsi bersama kengkawan semua resepi Spaghetti Bolognese ni. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti di bawah ni.




01. Sos Prego (Roasted Garlic Parmesan)
02. Sos Tomato
03. Sos Cili Thai Life
04. Parmesan Cheese
05. Black Pepper
06. Bay Leaves
07. Spaghetti Bolognese Herbs
08. Olive Oil
09. Garam secukup rasa
10. San Remo Spaghetti


Dan juga bahan di bawah ni.


Bawang Putih - ditumbuk




Bawang Kuning - di potong dadu



Daging Lembu / Daging Ayam - yang telah dicincang halus



Cendawan - di potong nipis



Lada Benggala - di potong dadu



Tomato Kecil - di potong dua



Dan cara-cara penyediannya adalah seperti berikut :

01. Panaskan minyak
02. Tumis bawang putih dan bawang kuning hingga naik bau
03. Masukkan daging cincang
04. Masukkan bay leaves, spaghetti bolognese herbs, lada hitam dan sedikit garam
05. Tunggu sehingga daging masak kemudian tepikan
06. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak
07. Tumis bawang putih dan bawang kuning hingga naik bau
08. Masukkan sos prego, sos tomato, sos cili thai dan sedikit air
09. Setelah mendidih, masukkan lada bengala, cendawan, tomato dan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa
11. Setelah masak, campurkan daging cincang yang telah masak tadi

**Spaghetti pula senang jer, panaskan air hingga menggelegak kemudian masukkan garam dan olive oil secukupnya dan masukkan spaghetti. Tunggu hingga masak dan sedia dihidang.

Itu saja resepi nya, harap kengkawan semua cuba ya.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment