Wedding Jiran at Dewan Jejarum Seksyen 11

>> Thursday, December 15, 2011

Update entry untuk hari Ahad yang lalu iaitu 11hb Disember 2011.

Tarikh : 11hb Disember 2011 (Ahad)
Masa : 12.50 pm
Lokasi : Dewan Jejarum Seksyen 11, Shah Alam


Pada hari Ahad yang lalu, Remy di arahkan oleh emak Remy untuk menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan Jiran sebelah rumah Remy. Majlis dijadualkan berlangsung pada pukul 12.00 pm hingga pukul 04.00 pm di Dewan Jejarum Seksyen 11, Shah Alam.


Remy ke sana bersama adik Remy iaitu Rusydi dan abang Remy iaitu Ridzwan sekeluarga (Kak Farah & Qistina), kami berlima mula bergerak dari rumah pada pukul 12.30 pm. Emak Remy x dapat menghadirkan diri kerana perlu ke Majlis Perkahwinan di Muar, so Remy yang di utuskan cewwah...





Kami berlima tiba dengan selamat di lokasi Majlis Perkahwinan iaitu di Dewan Jejarum Seksyen 11 Shah Alam pada pukul 12.50 pm.



Suasana di dalam Dewan Jejarum masih lagi sunyi walaupun jam menunjukkan pukul 12.50 pm, tanpa melengahkan masa kami berlima ke meja makan untuk menjamu hidangan yang disediakan.



Hidangan yang disediakan tersangatlah sedap terutamanya acar yang pedas dan sedap, setiap kunyahan amat menyelerakan cewwah. Sambil menjamu, kami berlima berborak dan bergelak ketawa sebab ada Nur Iman Qistina.











Dah habis makan, masa untuk mengundurkan diri. Masa nak balik ni, dah mula ramai yang datang (maknanya kami berlima datang awal sangat, hehe...).

Sekian...

0 comments:

Post a Comment