Airport to Airport

>> Monday, October 3, 2011

Airport to Airport cerita Remy kali ni...
Kisahnya begini, pada 03hb Oktober 2011 bersamaan pada hari Isnin, Remy diminta oleh abang Remy untuk menghantar abang Remy sekeluarga (Ridzwan, Kak Farah & Qistina) ke Skypark Subang Terminal Airport di Subang Jaya.

Kami berempat bergerak pada pukul 10.00 am kerana penerbangan Firefly yg telah dipilih untuk ke Langkawi akan berlepas pada pukul 11.30 am. Setiba di destinasi, kami mendapat berita yg amat menyedihkan iaitu penerbangan yg dijadualkan pada 11.30 am ditunda ke 04.10 pm.








Kerana masih mempunyai lebih kurang 4 jam masa yg terluang, maka kami berempat ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk melihat aircraft di anjung tinjau di KLIA.








Setiba di KLIA, kami berempat ke Secret Recepi untuk Lunch, dan menu pilihan Remy adalah Noodle in Tom Yam Kung (entah betul ker x nama makanan ni, lupa sudah) dan thanks to Kak Farah & Along sebab belanja Remy lunch, nyum3x...



Setelah kekenyangan, kami berempat ke anjung tinjau untuk melihat beberapa aircraft yang dimiliki oleh syarikat penerbangan Malaysia Airlines System (MAS). Tapi sebelum tu, tukar pampers Nur Iman Qistina dulu hahaha...



Bawah ni adalah Boeing 747-400 (9M-MPD) dari MAS yg akan membawa jemaah Haji ke Mekah, besar sesangat aircraft ni (tergamam Remy).






Bawah ni pula Boeing 737-400 (9M-MMH) dari MAS yg merupakan kapal paling lama dan paling kecil yg MAS ada buat masa ni.




Bawah ni ada 3 aircraft iaitu Boeing 737-400, Boeing 737-800 dan Boeing 777-200 yg dimiliki oleh MAS.



Aircraft paling baru yg MAS ada buat masa ni (2012 nanti baru ada Airbus 380) iaitu Boeing 737-800 NL (9M-MXA).





Bawah ni pula adalah Boeing 777-200 (9M-MKA) yg merupakan aircraft yg kedua terbesar yg MAS ada buat masa ni (yg pertama adalah Boeing 747-400).




Puas melihat aircraft, kami berempat bersiap untuk ke airport seterusnya iaitu Low Cost Carrier Terminal (LCCT).





Disebabkan masa yg suntuk, kami berempat x boleh duduk lama-lama kat LCCT dan terus menuju kembali ke Skypark Subang Terminal Airport untuk menaiki penerbangan Firefly yg akan berlepas pada pukul 04.10 pm.

Sekian...

Read more...