Persandingan Nurzatul Ifa & Muhammad Alif

>> Sunday, October 16, 2011

Minggu lepas family Remy mendapat undangan ke Majlis Persandingan anak kepada Dato' Hj. Abdul Fatah yg berbunyi seperti berikut :

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dato' Hj. Abdul Fatah Bin Hj. Iskandar
dan
Datin Hjh. Latiffah Binti Ismail

dengan penuh kesyukuran ke hadrat Illahi mempersilakan
En Buchek Bin Hj. Jalil sekeluarga
hadir ke Majlis Perkahwinan puteri kami

Nurzatul Ifa Binti Dato' Hj. Abdul Fatah
dengan
Muhammad Alif Bin Abd Hadi

Pada hari Ahad, 16 Oktober 2011, bersamaan 18 Zulkaedah 1432H

di kediaman kami,
Lot 1378 Kg. Sijangkang, 42500 Telok Panglima Garang,
Selangor Darul Ehsan.

Semoga dengan kehadiran serta doa restu para hadirin sekalian
akan menyerikan majlis kami dan diharap dapat keberkatan Allah S.W.T.

ATURCARA MAJLIS
Ahad : 10.00 am - 04.00 pm

So... Remy diajak oleh family untuk ikut sama ke Majlis Persandingan tadi, Remy sekeluarga tiba di lokasi pada 01.00 pm bersamaan ketibaan pengantin lelaki iaitu Muhammad Alif.






Dah alang-alang sampai sama ngan pengantin, Remy snap lah beberapa picture dari jarak beberapa meter dengan pengantin lelaki menggunakan BlackBerry Bold 9700 Remy yg akan Remy lepaskan x lama lagi, motif sangat kan ?




Di bawah ni adalah pertemuan antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan, sweet sangat pasangan ni ibarat kata orang tua dulu bagai pinang di belah dua...








Masing-masing dah tak tahan dengan juadah yg disediakan, so masa untuk menjamu nasi minyak...

Bawah ni picture my mom bersama madunya, we are a very happy family...




Bawah ni pula picture my mak tiri bersama anak nya iaitu my adik tiri, Nabilah...



And this is my big brother Mohd Ridzwan & my sister Nor Fadhilah...



Mereka lagi, tapi kali ni dengan my mom...



Remy & Ridzwan yg agak sengal sikit harini...



Dan di bawah ni adalah picture Remy sensorang tanpa gangguan makhluk halus, miahahaha...




Selesai makan, kami sekeluarga ke pelamin untuk mengambil beberapa picture pengantin.




Dan tidak dilupakan, sebelum melangkah keluar kami bersalaman dengan Dato' Hj. Abdul Fatah dan berterima kasih kerana sudi menjemput kami sekeluarga.






Remy sekeluarga pulang dengan perut yg kenyang dan hati yg senang, thanks to Dato' Hj. Abdul Fatah yg sememangnya baik dan peramah dari dulu lagi.

Sekian...

Read more...