Kempunan Laksa

>> Saturday, October 22, 2011


Semalam Remy kempunan nak makan Laksa...

Pukul 08.00 pm Remy dah ajak kawan Remy iaitu Mas teman Remy ke Mid Valley Megamall untuk merasa Laksa kat Jaya Jusco Mid Valley tapi malangnya jalan ke Mid Valley dari Tol Batu Tiga sesak teruk (jam), dari 08.30 pm sampai ke 09.50 pm kitorang terperangkap dalam kesesakan semalam.

Sampai Mid Valley pukul 10.00 pm, kedai kebanyakannya dah mula tutup. Dengan harapan yang menggunung, Remy dan Mas masuk ke Jaya Jusco Mid Valley tingkat dua untuk merasa Laksa tapi malangnya dah tutup (dengan perasaan hampa Remy keluar dari Jaya Jusco).

Sambil ke parking, kitorang berfikir kat mana lah ada jual Laksa malam-malam ni dan tiba-tiba Mas bagi idea kat Old Town White Coffee dan terus kitorang menuju ke Old Town White Coffee kat Seksyen 7 Shah Alam.

Malangnya...

Old Town White Coffee pon tutup masa kitorang sampai pada 11.30 pm. Disebabkan Remy dah kempunan sesangat Laksa semalam, Mas bawa Remy ke satu kedai yg Remy x kenali di Seksyen 7 Shah Alam untuk sekadar menghilangkan kempunan.

Hari ni pula tiba-tiba Remy kempunan Nasi Ambeng, mudah-mudahan malam ni kat Pasar Malam Seksyen 19 Shah Alam ada Nasi Ambeng.

Sekian...

Read more...