Nando's with Kak Heze

>> Monday, October 31, 2011

Semalam iaitu pada hari Ahad bersamaan pada 30hb Oktober 2011, Remy ada calling-calling Kak Heze minta buatkan Rendang Ayam 2 ekor dan dijadualkan berjumpa untuk mengambil Rendang Ayam tersebut pada hari ni di Jusco Bukit Raja tepat pukul 02.30 pm.

Alang-alang dah berjumpa kat Jusco Bukit Raja, Remy dan Kak Heze ambil kesempatan yg ada untuk lunch bersama di Nando's (sebelum ke Nando's ada ke sebuah tempat tapi harus dirahsiakan - secret between us ok Kak Heze).

Sampai jer kat Nando's, seperti biasalah masa untuk bergambar sakan antara Remy dan Kak Heze.




Order time, wah baru Remy perasan yg Remy dah semakin tembam sekarang ni.





Kak Heze bersama menu pilihannya, Quarter Chicken with 2 sidelines.




Remy bersama menu pilihan iaitu Espetada with 2 sidelines.



Sambil makan, Remy dan Kak Heze berborak mengenai Colagen, Vitamin C, dan sebagainya yg berkaitan dengan cara-cara untuk menggebukan kembali kulit wajah yg semakin x bermaya ni hahaha. And thanks to Kak Heze atas cadangannya untuk mencuba sesuatu yg katanya amat berkesan, nanti kita try k Kak Heze...



Di bawah ni adalah picture sesudah semuanya selesai dimasukkan ke dalam usus perut, Kak Heze punya x habis sebab diet kot lalala~




As usual, sentiasa busy ngan katering and gangguan insurans yg x faham-faham bahasa Melayu maupun bahasa Omputeh...



Selesai makan, Kak Heze ajak ke Famous Amos untuk membeli chocolate chip buat anak tersayangnya yg sedang demam di rumah. Thanks Kak Heze sebab ada beli untuk Remy juga, sedap sesangat...

Dan sebelum berpisah, Remy mengambil Rendang Ayam yg very superb rasanya hasil tangan ibunda Kak Heze dan seperti biasa bergambar sebagai kenangan sebelum pulang (mana lah tau esok lusa Remy pergi untuk selamanya kan).




Inilah dia, chocolate chip apa ntah nama dia yg Kak Heze belanja harini (next time nak lagi k).



Sekian...

Read more...