Persandingan Khairy & Fazlina

>> Sunday, November 20, 2011

Tengahari tadi, Remy bersama abang dan kakak ipar Remy ke Kg Padang Jawa. Tujuan ke sana bukannya untuk berkelah ataupun lumba lari tetapi ke Majlis Perkahwinan kawan rapat abang Remy iaitu Khairy dan pasangannya Fazlina.

Majlis dilakukan serentak dengan adik pengantin, kira ada dua pasangan pengantin dalam satu majlis dengan tema warna yg sangat cantik iaitu purple dan pink.




Tiba di lokasi pada pukul 02.00 pm, cuaca pada masa ni sangat cantik sebab x berapa panas dan x berapa sejuk hahaha...

Sampai jer sana, terus jumpa dengan pengantin lelaki yg sangat segak bergaya dan pengantin perempuan yg sangat cantik berseri seumpama satu pasangan di raja. Alang-alang dah berjumpa dengan kawan lama, abang Remy pun ambil peluang yg ada untuk bergambar sama.





Dan yang paling penting kalau dah sampai ke majlis perkahwinan, mestilah menjamu nasi minyak. Hidangan yg dihidangkan sangat superb sedap, yang paling best lauk ayam.




Selesai meratah satu pinggan, kami bertiga bersalaman dengan ibu bapa pengantin untuk meminta izin mengundurkan diri. Time nak balik lah tiba-tiba mendung, nasib baik da sampai rumah baru hujan lebat.

Untuk Khairy dan Fazlina, Remy ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan berbahagia selalu.

Sekian...

Read more...