Ketibaan Tart Nenas Kak Aza

>> Thursday, November 24, 2011

Selama ni Remy x pernah order kuih melalui pos, lagi-lagi kalau kuih Tart Nenas sebab Tart Nenas ni rapuh dan mudah pecah. Semalam Remy cuba beranikan diri untuk order Tart Nenas dari Kak Aza yang Remy dapat tahu banyak menjual Tart Nenas menggunakan laman web Facebook (klik sini).

Remy mula bank in RM 38 melalui cash deposit di CIMB Bank pada hari Rabu (23hb November 2011 - 07.43 am), RM 28 untuk 50 biji Tart Nenas dan RM 10 untuk bayaran kiriman PosLaju yang sememangnya laju sebab tengahari tadi (Khamis, 24hb November 2011 - 12.55 pm) Tart Nenas dari Kak Aza dah tiba di kediaman Remy.



Sambil tengok bungkusan, dalam hati Remy berdebar-debar kata "pecah ker x Tart Nenas ni", tapi redha jer lah. Sebelum buka bungkusan, mestilah pose untuk jadi duta Tart Nenas sekejab...



Dengan perasaan yg bercampur baur, Remy buka bungkusan dengan perlahan-lahan dan setelah dibuka beginilah keadaannya.



Keadaannya, x der satu pun kuih Tart Nenas yang pecah sebab disusun dengan baik sekali. Semuanya masih cantik dan tersusun rapi, x sampai hati pula nak makan sebab terdengar tangisan Tart Nenas tapi apakan daya naluri merasa tu dah sampai ke puncak (tapi sebelum merasa tu, Remy snap 2 picture dulu.




Pertama kali merasa...



Kedua kali merasa...



Ketiga kali merasa...



Hurmmm sedap nyer Tart Nenas ni, boleh lah order lagi lepas ni. Thanks to Kak Aza for this lovely Tart Nenas, sedap sesangat...

Sekian...

Read more...