Bersama Nadiah ke Giant Seksyen 13, Shah Alam

>> Friday, December 23, 2011

Tarikh : 23hb Disember 2011 (Jumaat)
Masa : 08.30 pm - 10.40 pm
Lokasi : Giant Seksyen 13, Shah Alam


Baru balik dari Lunch at Belanga with Faizul, dapat rehat beberapa jam tiba-tiba dah pukul 08.00 pm. Remy ada janji dengan Nadiah untuk ke Giant pukul 08.00 pm, tiba-tiba Nadiah bg tau delay sampai 08.30 pm (katanya nak Isya' dulu, hurmmm...).


Pukul 08.30 pm Remy dan Nadiah tiba di Giant Seksyen 13, Shah Alam. Tujuan kami berdua ke Giant adalah untuk membeli bahan-bahan membuat Spaghetti Bolognese untuk menyambut Birthday Rozie Othman (my auntie) esok malam - 24hb Disember 2011.

Sebenarnya Birthday my auntie ni pada 22hb Disember 2011 (Khamis) yang lalu, tapi disebabkan hari bekerja so x dapat nak sambut (hujung minggu ni lah masanya untuk sambut). 








Seperti biasa, kalau dah pilih barang mestilah ke kaunter untuk membuat pembayaran.




Selesai membeli belah, Remy dan Nadiah ke Subway untuk menikmati kenikmatan sandwich sepanjang 6 inci.



Pilihan Remy adalah Italian B.M.T. with extra cheese, nyummyyy...



Lepas makan mestilah kenyang kan, so disebabkan masing-masing dah kenyang dan hari dah lewat malam (padahal baru pukul 10.40 pm) so kami berdua berpisah dan kehaluan masing-masing untuk menentukan masa depan yang lebih cerah dan terjamin hahaha...

Sekian...

Read more...

Lunch at Belanga with Faizul

Tarikh : 23hb Disember 2011 (Jumaat)
Masa : 12.30 pm - 02.40 pm
Lokasi : Empire Shopping Gallery & Subang Parade


Jumaat, ramai yang berebut-rebut ke Masjid untuk melakukan Solat Jumaat tapi Remy berebut-rebut ke Empire Shopping Gallery yang berlokasi di Subang Jaya.


Remy ke Empire Shopping Gallery bukannya untuk ke Fitness First aka workout (dah lama x workout, tapi still gagah perkasa aka tough) tapi Remy ke sana adalah untuk lunch bersama kawan Remy iaitu Faizul di Belanga.




Tiba di Empire Shopping Gallery pada pukul 12.15 pm dan Remy berjumpa dengan Faizul pada pukul 12.30 pm dan terus menuju ke Belanga untuk mengisi perut yg kekosongan dan kelaparan.

Antara menu yang Remy pilih di Belanga adalah seperti di bawah ni :

Nasi Kerabu bersama Ayam Percik (Faizul pilih daging)



Satay Ayam Belanga



Dan minuman yang Remy pilih adalah Jus Avocado manakala Faizul pilih Nescafe Ais
Sambil makan, kami berdua bercerita tentang apa yang dilakukan sekarang. Lama juga x jumpa dengan Faizul ni, rasa-rasanya dah sebulan lebih so banyaklah yang nak dikongsi bersama.

Habis jer makan dan masing-masing dah kekenyangan, rehat sebentar bersama Kit Kat hahaha gurau jer. Dah kenyang mestilah rest jab sebab dah senak usus ni memproses apa yang dah dimasukkan ke dalam.

Selesai usus memproses, kami berdua mula melakukan aktiviti seterusnya iaitu mencari aksesori untuk BlackBerry baru Remy iaitu BlackBerry Torch 9860 di Subang Parade (terpaksa ke Subang Parade sebab Empire Shopping Gallery x der kedai aksesori handphone).

Sampai di Subang Parade (depan Empire Shopping Gallery jer), proses mencari aksesori dimulakan dan setelah beberapa kedai ditanya dan disoalselidik akhirnya Remy jumpa apa yang Remy inginkan dan idamkan untuk BlackBerry Remy, biasalah handphone baru beli mestilah sayang and manja (lama-lama campak jer).



Dapat apa yang diinginkan, tiba-tiba tengok jam dah pukul 02.40 pm so Remy dan Faizul terpaksa berpisah dan ke haluan masing-masing sebab pukul 03.00 pm Faizul ada program yang perlu dihadiri.

Anyway, thanks to Faizul sebab sudi lunch bersama Remy.

Sekian...

Read more...