Happy Birthday Mami

>> Monday, December 26, 2011

Tarikh : 24hb Disember 2011 (Sabtu)
Masa : 09.30 pm - 11.30 pm
Lokasi : Seksyen 19, Shah Alam


22hb Disember 2011 bersamaan pada hari Khamis yang lalu adalah birthday my auntie iaitu Rozie Othman yang ke 50 an (lupa lak umur sebenar sebab nampak awet muda huhuhu...).

Disebabkan hari Khamis adalah hari kerja, maka Remy x dapa nak celebrate sama, so pada hari Sabtu yang lalu Remy sambut birthday Mami di rumah Remy.


Kami sambut berlima sementara family Remy ke Space U8 untuk menonton Ombak Rindu yang bermula pada pukul 10.00 pm, family Remy mula gerak dari rumah pada pukul 09.00 pm dan Nadiah bersama Mami (birthday girl) tiba di rumah Remy pada pukul 09.30 pm.

Di bawah ni adalah nama 5 orang yang ada :


01. Rozie Othman (birthday girl)
02. Nadiah
03. Remy
04. Nur Iman Qistina
05. Solamah Manaf (my grandma)


Tanpa melengahkan masa, kek yang telah ditaja oleh Secret Recipe iaitu Chocolate Fudge Cake di bawa keluar dari peti sejuk dan dihidangkan bersama menu utama pada malam itu iaitu Spaghetti Bolognese dari hasil tangan Remy (thanks to Nadiah untuk resepi Spaghetti Bolognese). 







Sementara baba dan mama Qistina ke Space U8 menonton Ombak Rindu, Qistina dijaga oleh birthday girl, Nadiah dan juga Remy.



Dan saat yang dinanti-nantikan, sesi memotong kek. Mami ajak Qistina potong kek sekali, Qistina memang suka sangat memotong kek ni (thanks to Nenek Rozie - kata Qistina).








Sorry, picture masa menjamu makanan x dapat diambil sebab masing-masing sibuk menikmati Spaghetti Bolognese dan Chocolate Fudge Cake sambil bermain dengan Qistina yang sangat lasak.

Selesai makan, kami berlima lepak kat ruang tamu sambil menonton cerita "Ajaibnya Cinta" di TV3. Sambil menonton "Ajaibnya Cinta", kami bermain dengan Qistina (layan semua kerenah dan telatah Qistina).

Dan pada pukul 11.30 pm, Mami dan Nadiah mengundurkan diri untuk balik ke rumah mereka di Kampung Melayu Subang. Tinggal lah Remy, nenek Remy dan juga Qistina yang sedang lena tidur di rumah.

Buat Mami, Remy ingin mengucapkan :

SELAMAT HARI JADI

Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Sekian...

Read more...