Aquaria KLCC

>> Sunday, January 15, 2012

Tarikh : 15hb Januari 2012 (Ahad)
Masa : 11.00 am - 03.30 pm
Lokasi : Shah Alam - Aquaria KLCC

Hujung minggu adalah masa untuk rehat dan beriadah bersama keluarga tercinta setelah 6 hari bekerja, so Remy dan keluarga mengambil kesempatan yang ada ini untuk ke Aquaria KLCC yang semestinya semua orang tau ianya berlokasi di Kuala Lumpur : D


Mula bergerak dari Shah Alam pada pukul 11.00 am, agak lewat daripada yg telah dirancang iaitu pada pukul 10.00 am kerana masing-masing khayal tengok rancangan menarik kat Astro.

Setelah berusaha melepaskan kesengsaraan dari kesesakan di Bukit Bintang, akhirnya pada pukul 12.32 pm kami seramai 12 orang selamat tiba di KLCC, antara 12 orang tersebut adalah seperti berikut :

01. Solamah Manaf (my grandma)
02. Nor Reizan Che Man (my mom)
03. Mohd Ridzwan
04. Siti Noor Farah
05. Nur Iman Qistina
06. Mohd Redza
07. Ema Azuin
08. Remy
09. Nor Fadhilah
10. Muhammad Rusydi
11. Nor Farzana
12. Muhammad Rasydan



Setelah parking kereta di 15C, kami semua membuat senaman jantung dengan berjalan kaki ke Aquaria KLCC. Sambil berjalan kaki ke Aquaria, masing-masing melayan kerenah Nur Iman Qistina.






Setibanya di Aquaria KLCC, masa untuk membeli tiket tiba. Sebelum masuk ke Aquaria semestinya ada photographer yang ingin mengambil picture sambil berkata "minta izin yer nak ambil picture, masa nak keluar nanti boleh tengok samada nak beli atau tak". 



Di dalam Aquaria KLCC masa untuk menimba ilmu dan memenuhkan memory card camera ni, tapi tiba-tiba camera ni ada masalah (kadang2 boleh snap, kadang2 x boleh, hurmmm camera dah uzur and kena tukar baru kot).





Antara picture binatang yang sempat Remy snap, x dapat nak snap banyak2 sebab sibuk snap picture manusia LOL










Dan masa yang dinanti-nantikan iaitu terowong lautan hahaha...






Penat berenang di terowong lautan, kami merehatkan badan sambil menunggu Qistina minum susu.









Farzana dan Rasydan yang sedang menimba ilmu mengenai isi dalam badan ikan yu.



Qistina yang x takut di baham ikan yu, sangat berani ini baby...



Setelah selesai berjalan satu Aquaria KLCC, kami semua bersiap sedia untuk mengundurkan diri untuk pulang ke Shah Alam semula.






Qistina dengan mainan kesukaannya dari Aquaria KLCC.





My mom, Nor Reizan Che Man.



Nor Fadhilah.



Ema Azuin.



Redza dan Rusydi.



Nor Farzana.



Rasydan.



Kak Farah dan Nur Iman Qistina.



Dan picture yang terakhir dan satu-satunya picture Remy bersama Kak Farah dan Nur Iman Qistina.



Perjalanan pulang ke Shah Alam x seteruk perjalanan pergi, kami semua selamat tiba di Shah Alam pada pukul 03.30 pm. Sebelum ke rumah, kami singgah di Seksyen 18 Shah Alam untuk membeli cendol, rojak dan laksa yang ada dijual di kaki lima hadapan CIMB Bank Seksyen 18 Shah Alam.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment