Canon - ku

>> Monday, January 30, 2012



Beberapa minggu yang lepas, semasa Remy ke Aquaria KLCC bersama keluarga (entry di sini), Remy dapat tau yang camera Canon Remy yang Remy beli semasa mula menuntut di Cosmopoint International College of Technology (CiCT) pada tahun 2006 telah pun rosak.

Kerosakannya adalah : Kadang-kadang, semasa snap picture akan tertera kat skrin perkataan "err_909". Disebabkan berlaku kadang-kadang dan bukannya selalu, maka Remy biarkan tapi makin lama makin sering berlaku perkara yang tidak diinginkan tersebut (cehhh ayat sastera tetiber ni).

Hari ini pada 30hb Januari 2012 bersamaan pada hari Isnin, Remy bersama abang Remy iaitu Ridzwan ke :

CANON MARKETING (M) SDN BHD (158419-H)
Head Office & Showroom
Block D, Peremba Square, Saujana Resort, Section U2,

40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Remy dan Ridzwan mula bergerak dari rumah pada pukul 09.00 am dan selamat tiba di lokasi pada pukul 09.30 am. Di sana Remy mula menjelaskan segala-galanya dengan lebih terperinci dan camera Canon Remy dimasukkan ke dalam wad untuk pemeriksaan yang lebih mendalam oleh doktor pakar yang bertauliah.

Kesimpulannya, Remy terpaksa menunggu dalam masa 7 hari bekerja dan dalam masa 7 hari tersebut Remy akan dihubungi oleh kakitangan Canon yang akan menyatakan jenis kerosakan dan jumlah yang diperlukan untuk pembedahan tersebut.

Mudah-mudahan camera Canon Remy akan sihat seperti sebelum ni, miss u so much.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment