Hangout with Ridzwan, Kak Farah & Qistina

>> Saturday, January 28, 2012

Tarikh : 28hb Januari 2012 (Sabtu)
Masa : 11.30 am - 03.12 pm
Lokasi : Sunway Pyramid

Pagi tadi, Remy bersama Ridzwan, Kak Farah dan Qistina ke Sunway Pyramid untuk bersiar-siar menikmati keindahan panorama hehehe...


Mula bergerak dari Shah Alam pada pukul 11.00 am dan kami berempat selamat tiba di Sunway Pyramid pada pukul 11.30 am. Sampai jer sana terus mencari kotak parking yang kosong, kebanyakannya dah penuh (biasalah kalau pukul 11.00 am ke atas mesti dah penuh).


Dapat jer parking, perut terus terasa lapar. Terasa seperti rama-rama yang sedang bereterbangan di celah-celah usus besar dan usus kecil, so kami berempat terus menuju ke Delicious.




Menu yang telah diberikan, masa untuk memilih...



Untuk menyegarkan tekak, Remy pilih minuman yang berasaskan Chocolates iaitu "Death by Iced Chocolate" yang berharga RM 10.90.



Manakala untuk mengisi perut yang kelaparan, Remy pilih makanan yang berasaskan Pastas iaitu "Seafood Linguine" yang berharga RM 29.90.



Sambil menantikan ketibaan hidangan yang dipesan, kami mengisi kekosongan hidup dengan "snap time"



Kak Farah bersama hidangan yang dipilih, katanya "on diet", so just makan cake and mushroom soup and minuman buah2an jer...



My bro aka Ridzwan bersama hidangan yang dipilih iaitu sesuatu seperti Chicken Chop, x ingat namanya hehehe...



Dan yang terakhir, pemilik Blog iaitu Muhammad Rahimi Bin Buchek aka Rahimi aka Remy bersama Nur Iman Qistina yang sangat manja dan juga nakal...




Makanan yang telah Remy order iaitu Seafood Linguine, terasa lemak berkrim dan kesegaran hidupan laut iaitu sotong dan juga udang...



Dan minuman yang telah Remy order iaitu Death by Iced Chocolate, hurmmm terasa sejuk dan segar tekak yang sebelumnya kering dan kehausan (daun kat atas tu x der sebenarnya, tu semua hasil tangan Kak Farah).



Sambil makan x boleh dilupakan si anak kecil ini iaitu Nur Iman Qistina, walaupun nakal dan bising tapi x boleh marah sebab dia kan kecil lagi (tunggu lah dah besar nanti).




Selesai menjamu selera, masa untuk tukar pakaian Qistina akibat muntah volcano yang sangat dahsyat. Sesi seterusnya adalah shopping time, kami berempat shopping kat kedai RM 5.00 jer. Semuanya RM 5.00, sangat murah dan pelbagai jenis barang ada di sana.






Selesai shopping, Remy mula memisahkan diri kerana tujuan yang berbeza. Remy nak ke A Cut Above untuk memotong rambut manakala Ridzwan, Kak Farah dan Qistina ke Jusco untuk membeli barang-barang keperluan rumah.

Thanks to Louis Lee yang telah menata hias rambut Remy sejak zaman kolej lagi sampai lah sekarang, dia sangat cool dan layan jer apa yang Remy nak, love u Louis...




Selesai jer sesi pemotongan rumput (eh... rambut), Remy bertemu semula dengan Ridzwan, Kak Farah dan Nur Iman Qistina di ruang legar Sunway Pyramid untuk pulang ke Shah Alam.



Sekian...

0 comments:

Post a Comment