Tutti Frutti & Subway with Ana & Idan

>> Friday, January 27, 2012

Tarikh : 26hb Januari 2012 (Khamis)
Masa : 08.00 pm - 08.25 pm
Lokasi : Plaza Masalam, Shah Alam

Ini adalah entry semalam tapi baru sempat update harini, hehehe as usual lah sebab x der masa nak mengupdate (PA ada tapi dah lari sebab Remy x bayar gaji).


Jarang sekali Remy bawa adik-adik Remy makan kat luar tapi semalam Remy bawa dua adik Remy iaitu Nor Farzana (Ana) dan Muhammad Rasydan (Idan) makan Tutti Frutti di Plaza Masalam yang berlokasi di Seksyen 9, Shah Alam.




Tujuan Remy belanja mereka berdua adalah untuk meminta maaf atas kesalahan Remy yang telah Remy lakukan terhadap Idan, kesalahannya tu biarlah dirahsiakan hehehe. Disebabkan mereka berdua sangat suka ice cream dan juga yogurt, so Remy bawa lah ke Tutti Frutti (x tau nak bawa ke mana lagi sebab Shah Alam ni x banyak sangat pilihan, boring...)

Sambil Ana dan Idan menjamu Tutti Frutti di Subway, Remy beratur untuk mendapatkan 2 Subway Meatballs dan juga 6 Subway Spicy Italian untuk dibungkus dan di makan di rumah bersama keluarga tercinta.


Di bawah ni adalah picture Ana dan Idan




Idan yang telah menjadi mangsa kekejaman Remy, hehehe...



Ana yang pura-pura ayu : D



Remy yang sememangnya semakin hari semakin comel



Lihatlah hidung Idan, mana Remy x jealous hurmmm...



Setelah 20 minit menjamu dan mengenyit-ngenyit mata kerana kemasaman Tutti Frutti, akhirnya Remy dan Idan punya dah habis kecuali Ana.



Ana terpaksa bawa balik Tutti Frutti sebab terlalu lama masa yang diperlukan untuk mencairkannya : D



Idan yang telah memaafkan Remy sempat lagi tunjuk tanda peace bermakna kedamaian cewwah...



Dan yang terakhir sekali, Remy yang berseri-seri dengan cahaya keimanan...



Pada pukul 08.25 pm, kami bertiga mengundurkan diri pulang ke rumah untuk sesi makan yang seterusnya iaitu Subway yang telah Remy beli tadi.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment