Canon - ku kembali sihat

>> Friday, February 3, 2012

Salam...

Hi kengkawan semuanya, berdasarkan entry ini (klik disini) yang menyatakan bahawa camera Canon kesayangan Remy rosak, hari ini camera Canon Remy telah selamat daripada pembedahan yang dilakukan oleh pakar bedah yang bertauliah.

Dua hari yang lalu (01hb Februari 2012) Remy telah dihubungi oleh pihak Canon yang memberitahu jenis kerosakan yang dialami oleh camera Canon Remy iaitu Optical Ass'y (x pasti lak apa tu tapi berkaitan dengan Optical hahaha...) dan jumlah yang perlu di bayar untuk membaiki kerosakan tersebut adalah sebanyak RM 333.00 iaitu RM 248.00 untuk kerosakan tersebut dan RM 85.00 untuk Service Charge.

Semalam (02hb Februari 2012) Remy telah dihubungi sekali lagi oleh pihak Canon yang memberitahu bahawa camera Canon Remy telah siap dibaiki dan Remy diminta untuk mengambil dengan kadar yang segera.

Hari ini (03hb Februari 2012) Remy ke Canon Marketing (M) Sdn Bhd untuk mengambil camera Canon yang telah sembuh sepenuhnya dan telah diberi 03 bulan warranty. Mudah2an x ada lagi kerosakan lepas ni, sementara tunggu nak beli camera Canon yang baru hehehe...

Sekian...

0 comments:

Post a Comment