Hampir jer... Fuhhh, neves !!!

>> Monday, February 27, 2012

Tarikh : 27hb Februari 2012 (Isnin)
Masa : 08.15 am - 10.00 am
Lokasi : Dataran Shah Alam - Bangunan SUK Shah Alam


Seperti hari-hari lain, setiap pagi Remy dan abang Remy bersama my niece iaitu Nur Iman Qistina akan ke Seksyen 3, Shah Alam untuk menguruskan perusahaan, cewwahhh ayat...

Dari rumah ke Seksyen 3 Remy hanya gunakan kereta Kancil kesayangan Remy yang semakin hari semakin uzur dan semakin membahayakan nyawa hehehe. Kenapa Remy cakap membahayakan nyawa ?. Kalau nak tau kenalah teruskan baca entry ni sampai habis, hehehe saja jer nak kengkawan semuanya masuk Blog Remy ni lama-lama (kalau x suka x per, Remy x paksa hahaha...)

Ok lah makin merepek lak, so better Remy teruskan ke cerita asal yang nak diceritakan...

Sepanjang perjalanan dari rumah ke Seksyen 3 amatlah lancar sampailah di Dataran Shah Alam semuanya menjadi kepada saat-saat yang mencemaskan sepanjang hidup Remy, tiba-tiba kereta Kancil kecil Remy laju dengan sendirinya. Remy cuba tekan brek tapi x berjaya sebab brek menjadi ketat dan kereta semakin laju, nasib baik x banyak kereta pagi tadi (biasanya time-time kejadian banyak kereta).

Dari Dataran Shah Alam sampai ke jambatan menuju ke bangunan SUK Shah Alam Remy berusaha untuk menghentikan kereta tapi x berjaya, so pilihan terakhir yang Remy ada hanyalah stop enjin kereta. Nasib baiklah boleh berehenti, kalau x berjaya juga terpaksalah Remy hentam pagar bangunan SUK (so esoknya masuk newspaper dengan tajuk utama "seorang mamat cute menghentam pagar bangunan SUK" LOL)

Dengan tangan yang sedang menggeletar ketakutan + trauma Remy cuba menghubungi parents untuk minta tolong dan parents Remy hubungi Ah Chun (pomen) dan diminta Remy tunggu di tempat kejadian hingga pomen tiba manakala abang Remy dan Qistina ke Seksyen 3 diambil oleh my mom.



Di atas ni lah tempat Remy menunggu pomen yang tersangat lambat, sambil Remy menunggu pomen yang x tiba-tiba, Remy penuhkan masa yang terbuang dengan mendengar lagu-lagu Whitney Houston dari album terakhir iaitu "I Look To You".

Dalam masa yang panjang tersebut x sangka ada 2 orang yang menghentikan kereta untuk membantu Remy tapi x boleh disebabkan masalah yang x diketahui (thanks warga Shah Alam kerana masih ada yang baik hati macam Remy, hehe...)



Setelah Remy menunggu dari 08.53 am hinggalah 09.36 am di bawah sinaran matahari pagi yang panas, akhirnya tiba pun pomen yang dinanti-nantikan. Setelah diperiksa dan diperbaiki, akhirnya pada 10.00 am kereta Kancil kecil Remy selamat dengan bantuan pomen tersebut. Katanya masalah ni lah, masalah tu lah, tapi ada Remy kisah ker hahaha...

Sekian...

0 comments:

Post a Comment