Hangout bersama Mas ke Kuala Lumpur

>> Wednesday, February 15, 2012

Tarikh : 15hb Februari 2012 (Rabu)
Masa : 04.00 pm - 08.30 pm
Lokasi : Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur


Petang tadi Remy keluar ke KL bersama Mas, sebenarnya janji pukul 03.30 pm tapi seperti biasalah Mas sampai lambat (katanya ada hal, katanyalah kan...)

Tepat pukul 04.00 pm kami memulakan perjalanan ke KL, sambil dalam perjalanan kami berdua berborak mengenai kehidupan sekarang ni dan setelah beberapa puluh minit akhirnya kami berdua selamat tiba di KL.



Lokasi pertama harus dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan Remy hehehe, Remy hanya dapat kongsi picture Mas jer di lokasi pertama kami di KL.




Setelah selesai di lokasi yang pertama, kami berdua ke lokasi yang kedua iaitu masa untuk mengisi perut yang sedang kelaparan dan kehausan di Pizza Huts.



Dan di bawah ini adalah menu pilihan kami berdua, agak simple tapi sedap...







Semua dah sampai, da tiba masanya untuk menghabiskan kesemuanya hehehe...








Dalam perjalanan pulang, kami berdua ditimpa hujan dan kesesakan lalu lintas. Bosan dengan kesesakan tersebut, Remy mainkan album "Memoirs Of An Imperfect Angel", terasa bagai di awang-awangan...




Sambil dengar lagu, Remy snap beberapa picture...




Dan akhirnya pada pukul 08.30 pm Remy dan Mas selamat tiba di Shah Alam Bandaraya Anggerik, dan tibalah masanya untuk memulakan kehidupan masing-masing. Thanks to Mas sebab sudi teman Remy walaupun Remy ajak secara spontan...

Sekian...

0 comments:

Post a Comment