Hangout with Azzy & Nadiah

>> Wednesday, February 29, 2012

Tarikh : 28hb Februari 2012 (Selasa)
Masa : 09.15 pm - 11.40 pm
Lokasi : Bukit Bintang, Klang

------------------------------------

Ni adalah entry semalam tapi Remy baru ada masa nak update sebab semalam terlalu penat dan x larat nak menaip, semoga kengkawan semuanya terhibur.

-----------------------------------

Semalam Remy bersama 2 saudara Remy iaitu Azzy dan Nadiah telah menghabiskan malam kami bertiga bersama di sekitar Bukit Tinggi, Klang. Kami bertiga memulakan perjalanan ke lokasi yang dituju pada pukul 08.50 pm (sebenarnya 08.30 pm tapi as usual lah Nadiah, hurmmm...).

Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi, Klang Nadiah telah memandu kereta Kancil biru nya selaju 120 km / jam. Itu amat bahaya kerana Nadiah membawa 2 nyawa yang sangat berharga iaitu nyawa Remy dan Azzy, nasib baik lah tiba di lokasi dengan tubuh badan yang masih sempurna seperti sebelum bergerak hehehe jangan marah yer Nadiah !!!

Lokasi pertama : AEON Bukit Tinggi Shopping Centre (09.15 pm - 09.57 pm)

Tujuan ke sana adalah untuk shopping sikit-sikit, hehehe... Harap maaf kerana picture yang Remy snap semasa berada di AEON Bukit Tinggi Shopping Centre tidak dapat dipamerkan atas permintaan Azzy kerana terdapat unsur 18SX.


Lokasi kedua : Rumah Dayah (10.19 pm - 10.34 pm)

Tujuan ke rumah Dayah adalah untuk mengambil kain, nasib baik rumah Dayah dengan AEON Bukit Tinggi Shopping Centre x berapa jauh. Buat pengetahuan kengkawan semuanya, Dayah adalah salah seorang daripada bekas pelajar Pesantren Ma'had Al-Zaytun iaitu tempat Remy, Azzy, Nadiah dan ramai lagi kengkawan yang lain menuntut ilmu semasa di Indonesia dulu-dulu. Harap maaf sekali lagi kerana picture yang Remy snap semasa berada di rumah Dayah tidak dapat dipamerkan atas permintaan Dayah kerana terdapat unsur yang melebihi 18SX.

Lokasi ketiga : PappaRich Bukit Tinggi, Klang (10.50 pm - 11.21 pm)

Tujuan ke PappaRich x kan lah x tau, semestinyer lah disebabkan dah kelaparan terutamanya si Nadiah sebab asyik membebel jer "laparnyer - 1000x". So dah jumpa PappaRich semasa dalam perjalanan pulang dari rumah Dayah, terus parking dan order makanan.

Oh ya... Kali ni picture yang Remy snap semasa berada di lokasi yang ketiga ni telah diluluskan oleh Kementerian Bloggers hahaha...



Azzy yang sedang order makanan



Nadiah kelihatan amat tertarik dengan menu yang disediakan oleh PappaRich, kalau boleh semua sekali nak order hahaha...



Minuman pilihan Azzy, berasaskan Coffee



Minuman pilihan Nadiah, berasaskan Nescafe (x sure tapi macam Nescafe jer hahaha...)



Dan minuman pilihan Remy, berasaskan Soya Organic (menjaga kesihatan)



Makanan pilihan Remy, Laksa (nama Laksa tapi bentuk dan rasa macam Mee Kari)



Makanan pilihan Nadiah, Mee Goreng (x sempat nak snap, terus disambar Nadiah... OMG !!!)



Dan makanan pilihan Azzy, Roti jer ?



Sambil menjamu hidangan di atas meja, diserikan lagi dengan berborak mengenai rasa makanan tersebut dan pelbagai lagi. Seperti biasa lah, bila masa menjamu hidangan jer mesti waktu berdetik dengan laju. Tak sangka pula dah pukul 11.21 pm, so kami bertiga meninggalkan pinggan mangkuk yang perlu dibersihkan oleh pekerja PappaRich (kalau kitorang x tinggalkan pinggan mangkuk, so x der kerja lah tukang cuci pinggan mangkuk kat belakang PappaRich tu... LOL)

Dalam perjalanan pulang, Nadiah mengulangi kelajuan seperti sebelumnya iaitu selaju 120 km / jam. Tapi yang telah membuatkan ianya lebih bahaya adalah Nadiah telah berlumba dengan sebuah kereta di highway. Oh Mai Gosh... Amat berani ini perempuan berlumba malam-malam buta ni dengan mamat yang x dikenal pasti identitinya, tapi sekali lagi nasib baik lah Remy sampai di rumah dengan anggota badan yang masih sempurna seperti sebelum keluar dengan Nadiah.

Thanks to Nadiah dan Azzy kerana meluangkan waktu malam bersama Remy, sangat susah untuk kami bertiga berjumpa walaupun masing-masing dekat.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment