Making Cheesecake with Azzy

>> Wednesday, February 1, 2012

Tarikh : 01hb Februari 2012 (Rabu)
Masa : 11.30 am - 3.15 pm
Lokasi : Rumahku Syurgaku

Dari tajuk omputeh di atas pun dah tau kan apa yang nak Remy sampaikan dalam entri kali ni, iaitu Remy telah belajar cara-cara membuat Cheesecake dari Azzy kerana Azzy mempunyai satu resepi cara-cara menghasilkan Cheesecake yang mudah dan murah.



Prosesnya bermula dengan mengambil Azzy di Seksyen 17 Shah Alam, tanpa Azzy macam mana nak buat Cheesecake hehehe. Dah ambil Azzy, kenalah beli bahan di Giant Seksyen 18 Shah Alam (kalau ada Azzy tapi x ada bahan x terhasil juga Cheesecake hehehe...)

Antara bahan-bahan yang dibeli di Giant Seksyen 18 Shah Alam adalah :

01. Cream Cheese
02. Yogurt
03. Tepung Gandum
04. Cream Crackers
05. Telur Ayam
06. Gula Kastor
07. Butter
08. Esen Vanilla

Bila Azzy dan bahan dah ada tapi x ada tempat untuk membuat, x akan terhasil juga Cheesecake yang diinginkan. So setelah membeli bahan-bahan yang diperlukan, Remy dan Azzy ke rumah keluarga Remy yang berlokasi di Seksyen 19 Shah Alam.

So kesimpulannya, tiga perkara (lokasi) yang diperlukan untuk menghasilkan Cheesecake ini, iaitu :

Seksyen 17 - Seksyen 18 - Seksyen 19

Hahaha lawak x ?. Kalau x lawak x per sebab Remy bukannya peserta Raja Lawak.

Sambung kepada topik yang dibincangkan k, sampai jer di rumah keluarga Remy teruslah Remy dan Azzy menyediakan bahan-bahan dengan cara menyukat kepada kuantiti yang diinginkan.

Setelah semua bahan disukat, masa untuk menyediakan Cheesecake dengan memulakan dari membuat bahagian lapisan biskut di bawah Cheesecake dan diteruskan dengan membuat Cheesecake. Setelah siap, Cheesecake dituang ke atas lapisan biskut tadi dan mula dibakar di dalam oven pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit.

Sambil menunggu Cheesecake siap, Remy dan Azzy menjamu Lasagna sambil menonton sinetron Indonesia di Astro Ria yang seperti biasa menyakitkan hati kerana terdapatnya adegan tenung antara satu sama lain selama beberapa minit.

Akhirnya, oven Remy berbunyi "tingggggg...." yang menandakan Cheesecake telah pun siap masak. Dari bentuk memang cantik tapi belum tau lagi rasanya, x boleh rasa sekarang sebab masih panas so terpaksalah Remy tunggu malam nanti sementara Cheesecake tersebut di masukkan dalam peti sejuk (zaman ais).

Pada pukul 03. 15 pm Remy telah menghantar Azzy ke keluarganya dengan selamat, so sekarang masa untuk menunggu malam (masa untuk merasa Cheesecake yang dihasilkan).

Sekian...

0 comments:

Post a Comment