Mariah Carey - Boy (I Need You) ft Cam'Ron

>> Tuesday, February 28, 2012


Mariah Carey - Boy (I Need You) ft Cam'Ron


Itu lah tajuk lagu nombor 2 antara 15 senarai lagu dalam album "Charmbracelet". Buat pengetahuan kengkawan semuanya, album "Charmbracelet" adalah album ke 9 Mariah Carey yang telah dilancarkan pada 03hb Disember 2002 di bawah syarikat rakaman Island Records dan MonarC Entertainment. Album "Charmbracelet" ini berentak R&B, pop dan hip hop dan telah dihasilkan oleh Mariah Carey sendiri dengan bantuan produser terkemuka antaranya Lyor Cohen, Jimmy Jam, Terry Lewis, Just Blaze, Randy Jackson, Jermaine Dupri, Damizza, Dre dan Vidal.


Ok, cukup lah serba sedikit info tentang album "Charmbracelet" ni. Tujuan Remy buat entry tentang lagu "Boy (I Need You)" ni sebenarnya nak bagi tau kat kengkawan semuanya yang VEVO iaitu sebuah organisasi yang sangatlah berpengaruh kat YouTube sekarang ni baru jer upload video lagu "Boy (I Need You)" ni under
MariahCareyVEVO pada 27hb February 2012 bersamaan dengan hari Isnin (semalam).

Tak sangka, dah 10 tahun video "Boy (I Need You)" ni dihasilkan baru tahun ni (2012) di upload under VEVO. So x nak taip banyak-banyak sebab bukannya kengkawan semuanya faham, so tengok jer lah video yang Remy sediakan di bawah ni, semoga terhibur...

Sekian...

0 comments:

Post a Comment