Emotions by Mariah Carey

>> Saturday, March 31, 2012

Read more...

Mariah & Nick Making Big Plans For Anniversary

>> Friday, March 30, 2012


Mariah Carey and Nick Cannon are planning a big celebration to mark their fifth wedding anniversary.

The couple exchanged vows on a beach in the Bahamas in 2008, and Cannon and Carey have renewed them every year.

But this April 30 is going to be extra special because it’ll be the pair’s first anniversary as parents to twins Moroccan and Monroe, who turn 1 on the same day.

Cannon tells Life & Style magazine, "It's a family day. We’ll celebrate with them during the day and just the two of us at night... We get married every year; it's our thing. I just have to keep doing it to make sure it’s real!"

And the TV personality/entrepreneur admits family time is so much more precious these days after he battled the autoimmune disease lupus nephritis earlier this year.

He adds, "It goes to show you how much things can change. In tough times, you lean on family."

MDJ Note: Mariah and Nick are actually celebrating their fourth wedding anniversary.

Source

Read more...

Berkunjung ke kediaman Redza & Ema

>> Thursday, March 29, 2012

Salam kengkawan semuanya...

Entry ni adalah sambungan daripada entry "Mengemas rumah nenek di Pantai Dalam" yang telah Remy update semalam (Rabu - 28hb Mac 2012).

Tarikh : 25hb Mac 2012 (Ahad)
Masa : 06.50 pm - 07.25 pm
Lokasi : Seksyen 24, Shah Alam

Sesudah mengemas rumah nenek Remy di Pantai Dalam, Remy dan my mom terus menuju ke Seksyen 24, Shah Alam yang merupakan kediaman pasangan yang baru mendirikan rumahtangga iaitu abang Remy, Mohd Redza dan Ema Azuin.

Sampai di sana pada pukul 06.50 pm, kedatangan kami berdua disambut dengan ceria (thanks angah & Ema).



Sambil berborak dan bercerita panjang lebar, Remy snap picture di bawah ni untuk dijadikan bahan untuk mengupdate Blog ni.



Tak sangka masa berputar dengan begitu pantas, jam telah menunjukkan waktu 07.25 pm dan Remy bersama my mom terpaksa mengundurkan diri. Mudah-mudahan di lain waktu dan di lain hari dapat berkunjung ke sana lagi, walaupun dekat tapi susah nak dapatkan masa ke sana hehehe...

Anyway Ema, sedap jus mangga sampaikan Remy tambah 3 kali (habis terus satu jug, sorry).

Sekian...

Read more...

Mengemas rumah nenek di Pantai Dalam

>> Wednesday, March 28, 2012

Salam kengkawan semuanya...

Entry ni adalah sambungan daripada entry "Hantar Rusydi ke Klang Sentral" yang telah Remy update pada hari Isnin yang lalu.

Tarikh : 25hb Mac 2012 (Ahad)
Masa : 04.30 pm - 06.13 pm
Lokasi : PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam

Setelah berehat beberapa jam di rumah bersama keluarga, Remy dan my mom mula mengangkat kaki menaiki kereta menuju ke Kuala Lumpur. Ke Kuala Lumpur bukannya untuk ke Pavilion tapi untuk mengemas rumah nenek Remy di PPR Seri Cempaka yang terletak di Pantai Dalam.

Tiba di PPR Seri Cempaka pada pukul 04.30 pm dan disebabkan Remy terbawa camera sekali so seperti biasalah masanya untuk snap picture.






Agak terkejut juga bila terpandang pemandangan yang mengerikan di tingkat 1 PPR Seri Cempaka ni, pelbagai jenis sampah terdapat di atas bumbung parking motor (nasib baik lah sampah kering, kalau x mesti berbau dan berulat).

So kepada sesiapa yang berkuatkuasa atas PPR Seri Cempaka ni, tolonglah ambil inisiatif (betul x ayat ni) untuk mengelakkan daripada terjadinya perkara seperti di bawah ni.




Masuk jer rumah nenek Remy, terus Remy menuju ke TV yang telah berusia 27 tahun ni (x sangka TV ni lagi tua dari Remy, kata mak Remy TV ni adalah TV warna pertama). Walaupun siaran x berapa jelas tapi Remy gigihkan juga tengok rancangan TV3 sementara menunggu my mom...




Sementara menunggu my mom mengemas...

Hehe bagus x Remy, ikut sama tapi Remy tengok TV dan my mom pula mengemas seorang diri. Lelaki kan x boleh mengemas, kena duduk goyang kaki jer hahaha...




Sambil menunggu dan tengok TV, Remy selitkan juga aktiviti mengambil gambar. Pelbagai gaya yang Remy lakukan, tapi beberapa jer yang dapat Remy upload sebab yang lain gaya 18SX.









Setelah beberapa jam my mom mengemas rumah nenek Remy, akhirnya pada pukul 06.13 pm segalanya selesai dan tibalah masanya untuk kami berdua mengundur diri. Sambil berjalan nak ke kereta, Remy sempat snap 2 picture bumbung PPR Seri Cempaka yang telah rosak akibat ribut beberapa bulan yang lalu (sampai sekarang x siap-siap lagi, entah apa yang diorang buat atas tu).





Oh ya, lupa nak bagi tahu mana nenek Remy hahaha. Sebenarnya nenek Remy stay ngan my mom kat Shah Alam sebab ada masalah kesihatan (sakit tua kot), so setiap bulan my mom datang ke PPR Seri Cempaka ni untuk mengemas. Semoga nenek Remy cepatlah sembuh k, aminnn !!!

Nantikan aktiviti seterusnya (selepas balik dari mengemas rumah nenek Remy ni) di entry seterusnya.

Sekian...

Read more...

Happy Birthday Mariah Carey !!!

>> Tuesday, March 27, 2012

Mariah Carey telah dilahirkan pada 27hb Mac 1970 dan pada hari ini iaitu 27hb Mac 2012 telah genap 42 tahun usia penyanyi bersuara emas ini.

Dengan ini Remy ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI atau dalam bahasa yang Mariah Carey faham HAPPY BIRTHDAY !!!



Walaupun segalanya boleh didapatkan dengan hanya memetik jari, tapi Remy ingin berdoa semoga usia dilanjutkan dan rezeki dilimpahkan dengan banyaknya. Remy akan sentiasa menjadi antara berjuta peminat Mariah Carey, love u so much dahling...

Sekian...

Read more...

Hantar Rusydi ke Klang Sentral

>> Monday, March 26, 2012

Salam kengkawan semuanya...

Ini adalah kisah semalam (25hb Mac 2012 - Ahad) tapi Remy baru berkesempatan untuk update pada hari ni (26hb Mac 2012 - Isnin).

Tarikh : 25hb Mac 2012 (Ahad)
Masa : 11.30 am - 12.30 pm
Lokasi : Klang Sentral Bus Station

Adik Remy iaitu Muhammad Rusydi yang kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah pulang ke rumah pada hari Jumaat yang lalu iaitu pada 23hb Mac 2012 untuk merehatkan otak daripada jadual exam yang padat. Cuti x lama pun, hanya 2 hari dan perlu kembali ke UTP pada hari Ahad.

Untuk kembali ke UTP yang berlokasi di Perak, terdapat 2 cara iaitu samada menggunakan perkhidmatan keretapi laju (ETS) ataupun menggunakan perkhidmatan bas. Pilihan Rusydi adalah menggunakan perkhidmatan bas dan SE SUPER menjadi pilihannya.

Bas dijadualkan bergerak pada pukul 12.30 pm so kena sampai di lokasi pada pukul 12.15 pm, dan disebabkan Klang Sentral Bus Station agak jauh dari rumah kami so pukul 11.30 am kami memulakan perjalanan dari rumah.

Antara yang ikut ke Klang Sentral Bus Station adalah :

01. Remy
02. Rusydi
03. Nur Iman Qistina - semestinya ikut untuk memeriahkan lagi suasana
04. Nor Reizan (my mom)
05. Buchek (my dad)

Dan di bawah ni adalah antara picture yang telah Remy snap semasa dalam perjalanan ke Klang Sentral Bus Station.

Muhammad Rusydi bersama anak buah kesayangan, Nur Iman Qistina



My mom and my dad



Qistina ni pantang jer nampak orang tengah mengunyah, mesti datang dekat untuk turut serta mengunyah



Dan semestinya empunya Blog ni, Remy



Setelah beberapa puluh minit dalam kereta, akhirnya pada 12.10 pm kami berlima tiba dengan selamat di Terminal A Klang Sentral



Pantang lepas tangan, nak ikut cakap dia jer. Nak ke sana, ke sini, tapi wajib follow sebab keselamatan sekarang ni x pasti




Tepat 12.30 pm bas dah mula nak bergerak, so dah tiba masanya kami sekeluarga berpisah dengan Rusydi. Sampai UTP nanti mula lah stress balik nak baca semua buku yang serba serbi tebal, kalau Remy baca semua buku tu dah boleh masuk hospital mental agaknya...




My mom yang tengah sedih tapi mengawal perasaan sebab berpisah dengan anak kesayangannya, yang Qistina pula tengah tahan mengantuk



Setelah berpisah dengan Rusydi, kami berempat mula melangkah meninggalkan lokasi







Tiba-tiba Qistina menangis, maybe sebab dah terlalu mengantuk + lapar, ciannyer dia...




So x boleh ke lokasi seterusnya, kami berempat terus ke rumah untuk bagi Qistina makan dan tidurkannya. Petangnya baru ke lokasi seterusnya, nak tau sila ikuti entry seterusnya.

Sekian...

Read more...

PAPAGO! R6300T

>> Sunday, March 25, 2012

Salam kengkawan semuanya...

Esok (Isnin : 26hb Mac 2012) Remy akan ke PAPAGO! untuk membeli sebuah GPS. Tak perlu lah nak inform Remy beli kat mana, semuanya demi keselamatan almaklumlah sekarang ni banyak kes culik, bunuh, bakar dan sebagainya.

Dalam banyak-banyak jenis GPS yang dikeluarkan PAPAGO!, Remy tertarik dengan R6300T (x tau kenapa tapi sekali pandang terus minat).



Di bawah ni Remy sediakan segala info tentang PAPAGO! R6300T yang telah Remy copy and paste dari website M3ASIA.






The latest in PAPAGO! R-Series PND has arrived! The PAPAGO! R6300T boasts a full featured Personal Navigation Device (PND) and is now pre-installed with the latest and most advance PAPAGO! M3GPS X8 Navigation Software.

The R6300T now includes Voice Activation Command, Traffic Message Channel (TMC), 3D Tour and many more navigation updates. With a wide 5" sensitive touchscreen, the R6300T is a powerful and stylish PND you can't leave home without.

Features :

01. Voice Activation Command
02. Quick Satelite Signal Acquisition and Locking
03. Traffic Message Channel (TMC)
04. 3D Tour and Travel Guide
05. Support Hand Writing Input
06. Travel Guide Features
07. Alternative & Multi Point Route Planning
08. Aility to Export Track Logs to Google Earth
09. Video Player and Music Player & Picture Viewer
10. Preloaded with Malfreemaps.com & Navigasi.net.meps with free and frequent updates

...............

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh lah layari website yang telah Remy berikan tadi. Semoga perjalanan anda lancar dan selamat dengan adanya PAPAGO! R6300T.

Sekian...

Read more...

Outdoor Photoshot with Qistina

>> Saturday, March 24, 2012

Tarikh : 24hb Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 11.30 am - 12.30 pm
Lokasi : Taman Awam Seksyen 10, Shah Alam

Hari ni Mohd Ridzwan dan Siti Noor Farah mengajak Remy ke Taman Awam yang terletak di Seksyen 10, Shah Alam untuk mengambil picture Nur Iman Qistina. Saja-saja jer nak ambil picture kat luar, sebab jarang sangat ambil picture Qistina ni kat luar (asik kat dalam rumah & kedai jer).

Kami berempat memulakan perjalanan dari Seksyen 3 Shah Alam pada pukul 11.20 am, di bawah ni ada beberapa picture yang sempat Remy snap semasa dalam perjalanan ke Taman.




Tiba di Taman pada pukul 11.30 am, Remy agak terkejut dengan nama Taman ni sebab daripada "Taman Awam Seksyen 10 Shah Alam Selangor Darul Ehsan" berubah kepada "Taman W Seks En 10 Shah Alam Selango A Ul Hsan". Agak mengerikan, bukan ?



Masuk jer Taman, Qistina terus berlari keriangan tanda gembira dapat lepas menghirup udara segar.



Dan di bawah ni adalah beberapa picture yang telah Remy snap, pandai kan Qistina posing ?




Ayooo... Posing maut dari Qistina...





Untuk picture di bawah ni :

Mama : "Qistina, tu tu tu ikan. Tengoklah tu tu tu..."
Qistina : "Ishhh rimas lah..."




Qistina and Mama nyer...



Qistina, Mama and Babah...





Qistina dicium Mama and Babah...




Masa untuk bergambar di Jambatan, sukanya dia berlari...










Time nak balik, Qistina berlari... Berlari ke mana yer ?



Semestinya berlari ke parents, x kan lah ke bintang kot...



Dan akhirnya menuju ke rumah, hehehe...




Sekian...

Read more...