Hangout with Nadiah & Siti Umira

>> Sunday, March 4, 2012

Tarikh : 03hb Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 06.50 pm - 09.00 pm
Lokasi : AEON Bukit Tinggi Shopping Centre

Ini adalah cerita semalam (03hb Mac 2012) tapi baru berkesempatan update Blog pada hari ni (04hb Mac 2012), very busy lah weekend ni hehehe...

Semalam...

Pada pukul 06.30 pm, Nadiah dan seorang sahabatnya iaitu Siti Umira telah singgah ke Shah Alam untuk jumpa my mom. So masa Nadiah nak keluar, Remy tanya satu soalan iaitu "Nadiah, nak pergi mana lepas ni ?" dan Nadiah menjawab "Nak hantar kawan kat Bukit Tinggi" dan tanpa perasaan malu Remy menjawab "Nak ikut...".

So kami bertiga (Remy, Nadiah & Siti Umira) mula bergerak dari Shah Alam pada pukul 06.50 pm, sepanjang perjalanan Remy diam sebab malu-malu kucing dengan kawan Nadiah iaitu Siti Umira (biasalah Remy kalau 1st time jumpa, semestinya diam...)

Setelah beberapa puluh minit, akhirnya kami bertiga tiba di AEON Bukit Tinggi Shopping Centre pada pukul 07.36 pm.




Dan perkara pertama yang ingin Remy lakukan iaitu ke Timberland untuk try satu jacket yang telah mencuri hati Remy pada 29hb Februari 2012 iaitu semasa Remy, Azzy & Nadiah ke tempat yang sama.



Semasa Remy try jacket, diorang lak memenuhkan masa dengan bergambar...




Kemudian, kami bertiga ke Jusco untuk membeli barang keperluan masing-masing. Remy beli bahan-bahan untuk membuat Kek Batik (ramai pula yang order Kek Batik bulan ni, antaranya Kak Heze untuk birthday party anak dan ibunda kesayangannya 09hb Mac 2012 akan datang), Siti Umira pula beli barang keperluan harian seperti syampoo, sabun dan macam-macam lah manakala Nadiah pula beli makanan untuk mengunyah sementara menunggu Remy dan Siti Umira shopping hehehe...

Picture di bawah ni diambil semasa Nadiah nak makan buah apa ntah tapi telah dihalang oleh Remy hahaha just kidding.



Dah dapat apa yang nak dicari dan dah bayar semuanya, so masanya untuk bergambar sebelum pulang.

Nadiah dan Siti Umira





Nadiah dan Remy




Nadiah (macam Dato' Sharifah Aini pula Remy pandang)




Nadiah dan Siti Umira sekali lagi




Dan yang terakhir iaitu picture kami bertiga, dari kiri ke kanan : Siti Umira, Nadiah dan Remy




Masing-masing dah penat, so masanya untuk pulang ke rumah masing-masing. Thanks Nadiah sebab sudi hantar, sayang ko banyak-banyak.

Sekian...

2 comments:

MyraEdora March 4, 2012 at 11:04 PM  

bnyk lak gmbr si syarifah aini tu..hahahah..well nice entry cik remy

RemyLC March 4, 2012 at 11:12 PM  

Mira, hehehe aah byk lak pic Syarifah Aini...

:D

Post a Comment