Hutang

>> Thursday, March 8, 2012

Bahana Hutang :

1.2 juta kakitangan awam di negara ini berhutang menyebabkan ada di antaranya membawa pulang hanya 40 peratus saja daripada gaji mereka setiap bulan.

Pada 2009, Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis yang mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.

Kumpulan berpendapatan sederhana dan bawahan adalah paling ketara berhutang, setidak-tidaknya membuat pinjaman rumah atau kenderaan atau pinjaman peribadi.

Dianggarkan lima peratus kakitangan awam terpaksa bekerja sambilan. Misalnya, daripada 20,000 pemandu teksi di Lembah Klang ini 10 peratus adalah kakitangan awam yang melakukan kerja sambilan.

Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2010 menunjukkan isi rumah di Malaysia menggunakan 48 peratus dari gaji mereka untuk bayar hutang.


Lapan Tips Membayar Hutang :

01. Bayar hutang sebaik saja anda mendapat wang pinjaman.

02. Lebihkan sedikit bayaran bulanan.

03. Bayar sebelum tarikh matang.

04. Bayar pinjaman apabila ada lebihan wang.

05. Kekalkan bayaran yang sama apabila kadar faedah turun.

06. Tingkatkan bayaran bulanan apabila gaji atau pendapatan naik.

07. Jual barang terpakai dan guna wang untuk bayar pinjaman.

08. Biayai semula pinjaman dengan bank yang tawar faedah lebih rendah.


Tips Apabila Hadapi Masalah Kewangan :

Kurangkan perbelanjaan sara hidup.
Contoh : rokok, menonton wayang, majalah / komik, pakaian berjenama yang mahal dan sebagainya.


Kurangkan Berhutang :

01. Tinggalkan kad kredit di rumah.

02. Tambah pendapatan.

03. Cari sumber pendapatan yang lain dengan syarat tidak perlu keluar simpanan yang banyak.

04. Jangan tambah perbelanjaan sara hidup.

05. Tekad enggan tambah hutang baru.


Terima kasih : Siti Fatimah Abdul Rahman, Berita Harian (Isnin, 05hb Mac 2012) ms R4 - R5

Sekian...

0 comments:

Post a Comment