Invitation - Wedding Pojie & Nemo

>> Monday, March 12, 2012

Salam kengkawan semuanya...

Berdasarkan entry "Birthday Party Kak Long & Zaquan", pada malam tersebut Remy telah menemui bakal pengantin yang akan ke jinjang pelamin pada bulan April yang akan datang iaitu Fauzi & Zaihazra atau lebih dikenali sebagai Pojie & Nemo.



Setalah sekian lama, akhirnya saat yang Remy nanti-nantikan selama ni telah pun tiba iaitu saat penyerahan Kad Jemputan Perkahwinan Pojie & Nemo.




Sangat terharu semasa Remy membuka dan mengeluarkan kad jemputan tersebut daripada sampul yang serba putih dan dihiasi dengan kerawang, x sangka kawan Remy dah nak berumah tangga (bila lah pula giliran Remy).

Bila melihat cover kad jemputan tersebut, dalam hati terkata-kata "cantiknya picture ni, kat mana diorang photoshoot ni" tapi terasa segan untuk bertanya walaupun empunya badan ada di hadapan Remy.







Remy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pojie & Nemo kerana sudi menjemput Remy ke Majlis Perkahwinan aka hari bersejarah kalian berdua. Semestinya Remy akan menghadirkan diri ke kedua-dua majlis iaitu di Pelabuhan Klang pada 08hb April 2012 (Ahad) dan Muar pada 14hb April 2012 (Sabtu).

Sekian...

2 comments:

RemyLC March 13, 2012 at 12:41 PM  

Pojie, my pleasure. Jumpa lagi 08 & 14 April nanti...

Post a Comment