Mengemas rumah nenek di Pantai Dalam

>> Wednesday, March 28, 2012

Salam kengkawan semuanya...

Entry ni adalah sambungan daripada entry "Hantar Rusydi ke Klang Sentral" yang telah Remy update pada hari Isnin yang lalu.

Tarikh : 25hb Mac 2012 (Ahad)
Masa : 04.30 pm - 06.13 pm
Lokasi : PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam

Setelah berehat beberapa jam di rumah bersama keluarga, Remy dan my mom mula mengangkat kaki menaiki kereta menuju ke Kuala Lumpur. Ke Kuala Lumpur bukannya untuk ke Pavilion tapi untuk mengemas rumah nenek Remy di PPR Seri Cempaka yang terletak di Pantai Dalam.

Tiba di PPR Seri Cempaka pada pukul 04.30 pm dan disebabkan Remy terbawa camera sekali so seperti biasalah masanya untuk snap picture.






Agak terkejut juga bila terpandang pemandangan yang mengerikan di tingkat 1 PPR Seri Cempaka ni, pelbagai jenis sampah terdapat di atas bumbung parking motor (nasib baik lah sampah kering, kalau x mesti berbau dan berulat).

So kepada sesiapa yang berkuatkuasa atas PPR Seri Cempaka ni, tolonglah ambil inisiatif (betul x ayat ni) untuk mengelakkan daripada terjadinya perkara seperti di bawah ni.




Masuk jer rumah nenek Remy, terus Remy menuju ke TV yang telah berusia 27 tahun ni (x sangka TV ni lagi tua dari Remy, kata mak Remy TV ni adalah TV warna pertama). Walaupun siaran x berapa jelas tapi Remy gigihkan juga tengok rancangan TV3 sementara menunggu my mom...




Sementara menunggu my mom mengemas...

Hehe bagus x Remy, ikut sama tapi Remy tengok TV dan my mom pula mengemas seorang diri. Lelaki kan x boleh mengemas, kena duduk goyang kaki jer hahaha...




Sambil menunggu dan tengok TV, Remy selitkan juga aktiviti mengambil gambar. Pelbagai gaya yang Remy lakukan, tapi beberapa jer yang dapat Remy upload sebab yang lain gaya 18SX.









Setelah beberapa jam my mom mengemas rumah nenek Remy, akhirnya pada pukul 06.13 pm segalanya selesai dan tibalah masanya untuk kami berdua mengundur diri. Sambil berjalan nak ke kereta, Remy sempat snap 2 picture bumbung PPR Seri Cempaka yang telah rosak akibat ribut beberapa bulan yang lalu (sampai sekarang x siap-siap lagi, entah apa yang diorang buat atas tu).





Oh ya, lupa nak bagi tahu mana nenek Remy hahaha. Sebenarnya nenek Remy stay ngan my mom kat Shah Alam sebab ada masalah kesihatan (sakit tua kot), so setiap bulan my mom datang ke PPR Seri Cempaka ni untuk mengemas. Semoga nenek Remy cepatlah sembuh k, aminnn !!!

Nantikan aktiviti seterusnya (selepas balik dari mengemas rumah nenek Remy ni) di entry seterusnya.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment