IKEA with Qila

>> Saturday, April 28, 2012

Tarikh : 28hb April 2012 (Sabtu)
Masa : 11.00 am - 05.30 pm
Lokasi : IKEA Damansara

Salam kengkawan semuanya...

Sabtu yang indah, masa untuk keluar bersama kawan. Sabtu ni Remy pilih untuk ke IKEA yang berlokasi di Damansara, bukan hanya seorang diri tapi Remy ditemani Qila. Tujuan Remy ke IKEA hanyalah untuk membeli katil single.

Remy dan Qila memulakan perjalanan ke IKEA pada pukul 11.00 am dan selamat tiba di IKEA pada pukul 11.40 am.



Sampai jer kat IKEA bukannya cari barang yang diperlukan tapi Remy dan Qila terus menuju ke cafe untuk makan, almaklumlah dah tengahari dan dah sememangnya masa untuk lunch.
Antara makanan tengahari kami berdua adalah seperti di bawah ni, lupa lak nama hehehe...






Pukul 12.42 pm segalanya telah diproses masuk ke dalam usus dan tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu membeli barang keperluan.



Barang x dapat cari lagi tapi dah pelbagai gaya posing depan camera, tu lah masalah terbesar hari ni.






Tak sangka waktu berputar dengan pantasnya, pukul 03.30 pm barulah jumpa barang yang diperlukan dan segera bayar di cashier seterusnya proses untuk mendapatkan barang tersebut (kena lah tunggu dalam 5 minit camtu).



Pukul 04.00 pm kami berdua mula meninggalkan IKEA, x sangka masa yang diambil banyak tapi sikit jer barang yang dibeli hahaha.




Sebelum hantar Qila ke rumahnya kembali, Remy singgah ke rumah Remy dulu untuk ambil kek buatan tangan Remy sendiri iaitu Chocolate Indulgance untuk diberikan kepada Qila sebagai hadiah hari jadi tahun lepas yang x sempat Remy sambut hehehe...





Tak sangka Qila suka kek tu, dah bagi kek terus Remy hantar Qila ke rumahnya dan Qila selamat sampai pada pukul 05.30 pm. Thanks Qila sebab sudi teman Remy dan layan kerenah Remy ni, next time keluar lagi k.

Sekian...

Read more...

Rumah contoh Benita & Carmita by IJM Land at SA2

>> Sunday, April 22, 2012

Tarikh : 22hb April 2012 (Ahad)
Masa : 03.50 pm - 07.00 pm
Lokasi : Shah Alam 2 - Sungai Buloh

Salam kengkawan semuanya...

19hb Februari 2012 bersamaan pada hari Ahad (2 bulan lepas) Remy, Ridzwan dan Kak Farah pernah ke rumah contoh Benita dan Carmita by IJM Land ni (klik sini untuk entry).

Hari ini (22hb April 2012 - Ahad), Remy ke rumah contoh Benita dan Carmita by IJM Land sekali lagi. Bukan pergi bertiga tapi bersama parents dan juga Nur Iman Qistina, x sabar-sabar parents nak tengok rumah contoh Benita dan Carmita ni.

Sampai di lokasi iaitu di Shah Alam 2 pada pukul 03.50 pm, rumah contoh pertama yang dilawati adalah rumah contoh Benita.



Masuk jer halaman, semua terpegun dengan keluasan tanah rumah ni.







Terutamanya si Qistina ni, tiba-tiba aktif. Suka sangat dia dapat rumah baru x lama lagi, sampai lari keliling rumah.





Dah puas tengok bahagian bawah rumah contoh Benita, masa untuk tengok bahagian atas rumah contoh Benita pula. Tengoklah Qistina ni, excited sangat dia nak tengok bahagian atas pula.




Kak Farah, Ridzwan, my mom dan besan my mom sedang meneliti setiap inci rumah contoh Benita tersebut.



Pandangan dari rumah contoh Benita, dapat melihat setiap rumah Benita yang sedang disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.






Sambil yang lain sedang meneliti setiap inci dan sudut rumah contoh Benita ni, Remy pula menjaga Qistina. Ikut jer ke mana saja Qistina nak pergi, happy betul dia.






Dalam banyak-banyak ruang yang ada, Qistina paling minat tandas, semuanya diperiksa dengan teliti hehehe...








Dan yang paling penting adalah ruang tidur utama, masa untuk diperiksa.




Seperti di bilik-bilik yang lain, Qistina pasti masuk ke tandas untuk diperiksa.





Lihatlah muka Ridzwan dan Kak Farah yang sangat berpuas hati dengan keadaan rumah contoh Benita ni, yang kat belakang tu my dad tengah nak try jadi Spiderman tapi x mampu nak melekat hahaha...



Dah puas melihat sekeliling kawasan rumah contoh Benita, masa untuk ke rumah contoh yang kedua iaitu rumah contoh Carmita yang telah siap dengan perabotnya.



Sebelum tu, double check bahagian bawah rumah contoh Benita.






Qistina yang sangat suka menjerit sebab suara akan bergema dalam ruang tu hehehe...






Berbincang tentang apa yang perlu diubah dan diperbaiki.





Dan akhirnya masa untuk ke rumah contoh Carmita.




Dalam perjalanan yang x berapa jauh, penuhkan masa yang terluang dengan snap picture Qistina yang sangat comel ni.




Dan pada pukul 04.30 pm, kami semua selamat tiba di rumah contoh Carmita (lokasi di belakang rumah contoh Benita jer)



Disebabkan masing-masing dah kepenatan, so tengok x seteliti semasa di rumah contoh Benita.



Qistina pula merehatkan badan yang kepenatan dan kehausan di atas katil yang disediakan hehehe.





Kalau di rumah contoh Benita Qistina suka dengan tandas di sana, di rumah contoh Carmita ni pula Qistina sangat suka dengan ruang tidur kanak-kanak yang penuh dengan sticker.






Tepat pukul 05.00 pm, kami semua mula mengundurkan diri untuk ke Sungai Buloh pula.




Kami semua ke Sungai Buloh bukannya untuk membeli bunga hiasan rumah tapi untuk menghantar my dad ambil keretanya yang ditinggalkan semalaman (katanya rosak, hurmmm...)

Setelah menghantar my dad ke Sungai Buloh, kami semua ke Seksyen 18 Shah Alam pula untuk membeli makanan untuk santapan di petang hari dan seterusnya ke rumah dan selamat tiba di rumah pada pukul 07.00 pm.

Sekian...

Read more...