Breakfast di Sai Kee Kopi 434

>> Saturday, April 14, 2012

Tarikh : 14hb April 2012 (Sabtu)
Masa : 10.15 am - 11.00 am
Lokasi : Sai Kee Kopi 434, Muar

Pukul 07.00 am Remy dah bangun dah bersiap untuk breakfast, sebelum turun breakfast Remy kena pastikan yang Qila dan Nemo dah siap. Bila semua dah siap sedia, kami bertiga turun ke tingkat 3 untuk breakfast di hotel. Hidangan yang Remy pilih adalah Kuey Teaw Goreng bersama 3 biji sosej kecil manakala Nemo dan Qila memilih Nasi Lemak.

Dah selesai breakfast di hotel, kami bertiga menuju ke Sai Kee Kopi 434 yang terletak berhadapan dengan Terminal Bas Muar. Sambil ke sana, terpandang pula menara yang telah buat kami bertiga ditahan pihak polis semalam.




Dalam kesesakan lalu lintas, x boleh dilupakan bergambar hehehe...



Tiba di Sai Kee Kopi 434 pada pukul 10.15 am, menurut maklumat yang Remy dapat 434 adalah nombor telefon kedai kopi tersebut pada tahun 1950 an dan kini nombor 434 tersebut dijadikan sebagai nama kedai kopi tersebut.




Di pintu masuk, pak cik ni tengah membakar beberapa batang satay, Remy order 10 satay daging dan 20 satay ayam.




Tak sampai beberapa minit, kuah kacang tiba di atas meja.



Dan minuman yang dipesan pun tiba dengan pantas, Remy pesan Milo Panas...




10 satay daging dan 20 satay ayam pun tiba x lama kemudian, x sampai beberapa saat di atas meja terus satay disambar satu persatu.



Sambil makan satay, Qila sempat lagi tengok picture yang telah di snap...



Nemo pula termenung memikirkan siapa ntah...




Remy pula sentiasa macho, hehehe...



Qila yang sedang berhati-hati menjamah satay, katanya takut susuk jatuh...



Entah siapa lah pak cik ni, seronok betul dia berbual...



Nemo yang tengah termenung, asik termenung jer Nemo ni...



Qila dan Remy yang telah berjaya menghabiskan 10 batang satay setiap seorang...




Sebelum meneruskan perjalanan ke aktiviti seterusnya, seperti biasalah masanya untuk bergambar...



Remy pun x nak ketinggalan...



Sangat sedap satay, x sangka di Muar pagi-pagi dah jual satay. Selepas makan satay, Remy beli 2 box kopi 434 untuk dibawa pulang (satu box ada 100 uncang kopi).

Sekian...

0 comments:

Post a Comment