Jumpa Nemo dan Kak Aza Azizan

>> Thursday, April 12, 2012

Tarikh : 12hb April 2012 (Khamis)
Masa : 07.00 pm - 10.40 pm
Lokasi : KL Sentral & Carrefour Ampang & De Palma Hotel Shah Alam

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba iaitu bertemu dengan Nemo dan Kak Aza Azizan, mula-mula sekali Remy nak cerita tentang Nemo.

Masa yang dijanjikan untuk mengambil Nemo di KL Sentral pada pukul 05.00 pm tapi disebabkan Remy ada hal yang x dapat dielakkan Nemo terpaksa tunggu sampai pukul 07.00 pm (2 jam). Maafkan Remy sebab lambat k, kesian Nemo jauh-jauh turun dari Ipoh then kena tunggu Remy 2 jam (next time Remy on time k).

Dah ambil Nemo di KL Sentral, Remy terus memandu ke Carrefour Ampang untuk berjumpa dengan Kak Aza Azizan pula. Tujuan Remy berjumpa dengan Kak Aza Azizan adalah untuk mengambil Tart Nenas yang telah Remy order beberapa minggu yang lalu untuk wedding BFF Remy iaitu Pojie dan Nemo Leman di Muar, Johor.

Di bawah ni adalah picture Remy dan Kak Aza Azizan aka Tokey Tart Nenas, siapa nak order boleh lah SMS or call Kak Aza Azizan ni (+6012 940 1789).



Jumpa Kak Aza Azizan x lama sangat sebab Kak Aza Azizan kena balik rumah untuk sambung bakar Tart Nenas (ramai lagi yang order), so setelah proses jual beli diuruskan kami terpaksa berpisah.

Disebabkan Remy dan Nemo masing-masing dah kelaparan, so kami berdua ke Kentucky Fried Chicken aka KFC yang berada di dalam Carrefour Ampang untuk mengisi perut dan di bawah ni adalah hidangan yang telah dipilih (on diet).




Nemo yang sangat comey, senyum2 pula...




Sambil makan, wajib snap picture...






Setelah kenyang, Remy dan Nemo terus menuju ke De Palma Hotel yang terletak di Seksyen 19 Shah Alam iaitu tempat Nemo bermalam sementara menunggu keesokan harinya iaitu memulakan perjalanan ke Muar, Johor.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment