Kempunan : Medan Ikan Bakar Sabak Awor

>> Saturday, April 14, 2012

Tarikh : 13hb April 2012 (Jumaat)
Masa : 11.30 pm - 01.15 am
Lokasi : Medan Ikan Bakar Sabak Awor - Kota Muar

Dalam perancangan yang telah Remy buat dengan penuh teliti, pada waktu malam iaitu 11.00 pm keatas kami bertiga akan ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor yang sangat terkenal di Muar. Kami bertiga memulakan perjalanan dari Muar Traders Hotel pada pukul 11.00 pm dan selamat tiba di Medan Ikan Bakar Sabak Awor pada pukul 11.30 pm.

Keluar dari kereta Proton Alza dengan perasaan gembira dan snap beberapa picture tapi bila masuk jer ke dalam, perasaan gembira terus bertukar menjadi hampa.




Hampa melihat semua pekerja sedang mengemas gerai masing-masing, dalam hati bertanya "tak buka ker malam ni, kenapa semua tengah mengemas ?". Tiba-tiba datang seorang lelaki ke arah kami bertiga yang tengah kebingungan dan berkata "adik, kedai dah tutup". Masih lagi kebingungan dan x puas hati, Remy tanya "buka pukul berapa bang ?" dan terus di jawab oleh lelaki tadi "buka pukul 05.00 pm, tutup pukul 11.00 pm".


Dalam perjalanan ke kerata, kami bertiga masih x puas hati sebab datang dari jauh tapi x dapat nak merasa hurmmm...

Disebabkan masing-masing dah lapar, so Remy memandu tanpa hala tuju untuk mencari gerai yang masih buka. Terkejut melihat suasana di Muar yang mati pada pukul 11.00 pm sedangkan di KL pada pukul 11.00 pm baru nak hidup.

Setelah berusaha mencari gerai makan di Muar, akhirnya pada pukul 12.30 am berjaya menemui satu gerai yang masih buka. Tak dapat merasa ikan bakar, dapat makan sambal udang dan tom yam pun jadi lah hehehe...




Tepat pukul 01.00 am kami bertiga pulang ke hotel, dalam perjalanan yang sesak dengan kereta ke hotel Remy ternampak satu menara kecil yang ada tulisan "MUAR" dan tanpa membuang masa Remy terus snap picture menara tersebut.



Tak sangka pula dalam kesesakan tersebut ada "road block" dan tiba-tiba kereta Proton Alza yang Remy pandu ditahan polis dan polis tersebut meminta kad pengenalan Remy. Dalam keadaan yang tegang, masing-masing tanya apa kesalahan yang telah dilakukan.

Setelah kad pengenalan Remy diperiksa oleh polis tersebut, polis tersebut tanya "adik ambil picture apa tadi ?" dan dengan gementar Remy jawab "ambil picture menara Muar tu" sambil tunjuk ke arah menara tersebut. Kemudian pihak polis tersebut tanya "boleh saya tengok picture tu ?" dan tanpa berfikir panjang Remy terus tunjuk picture tersebut. Tiba-tiba pihak polis tersebut meminta maaf kerana sangka Remy ambil picture anggota polis yang sedang melakukan tugas.

Perasaan gementar terus berubah menjadi lega dan Remy meneruskan perjalanan ke hotel yang x jauh dari kawasan tersebut. Sampai di hotel pada pukul 01.15 am dan sebelum masuk ke bilik hotel masing-masing, sempatkan tangan untuk snap beberapa picture.




Bilik hotel kami di tingkat 11, Nemo dan Qila di bilik 1106 manakala Remy di bilik 1109.




Sebelum tidur, snap picture dulu...



Sekian...

0 comments:

Post a Comment