Lepak at Tanjung Mas

>> Saturday, April 14, 2012

Tarikh : 14hb April 2012 (Sabtu)
Masa : 11.15 am - 12.30 pm
Lokasi : Tanjung Mas, Muar

Puas merasa satay dan milo panas, kami bertiga memulakan perjalanan ke Tanjung Mas. Semalam ke Tanjung Mas waktu senja dan bersenam di sana, tapi pagi ni ke Tanjung Mas untuk merasa tiupan angin pantai yang menyegarkan.




Tiba di Tanjung Mas pada pukul 11.15 am, terkedu dengan keindahan ciptaan Yang Maha Esa.






Disebabkan hujan yang renyai-renyai, Remy keluarkan payung pelangi yang berharga RM 15.00. Tak sampai beberapa minit payung dibuka, tiba-tiba patah payung tu, ni lah akibatnya kalau beli payung murah hahaha... (bergelak sakan Nemo dan Qila time ni).



Bila kami bertiga mendekati pantai, tiba-tiba ternampak ikan yang boleh hidup dalam 2 alam (x tau nama dia). 1st time Remy nampak ikan ni, banyak betul (semua lari ke pantai sebab kehadiran kami bertiga).



Qila tiba-tiba teringat anak buah kesayangannya, cuba mencari di seberang sana tapi x dijumpai...



Remy dan Nemo pula bergelak sakan melihat hasil daripada picture sengal kami bertiga...




Pukul 11.24 am kami bertiga bersiap sedia untuk kembali ke hotel, bersiap untuk ke kenduri kahwin Pojie dan Nemo Leman tapi sebelum tu wajib snap picture.



Dan ucapkan salam perpisahan kepada payung RM 15.00 Remy yang telah cedera ditiup angin...





Dalam perjalanan ke hotel, sempatkan diri snap picture beberapa monumen yang telah menarik perhatian...





Dan beberapa minit kemudian, tiba pun di hotel tempat kami menginap iaitu di Muar Traders Hotel.




Biasalah kalau perempuan bersiap, x sah kalau x lebih dari 30 minit. So sambil menunggu Qila dan Nemo bersiap, Remy snap beberapa picture di atas katil.




Tepat pukul 12.30 pm Remy menuju ke bilik 1106 iaitu bilik Qila dan Nemo, masuk jer bilik terkejut sebab masih x bersiap lagi. Time ni Nemo tengah make up kan Qila, nak mengalahkan pengantin ker korang dua ni ?




Tiba-tiba dapat panggilan daripada Kak Heze dan Rhuddy bagi tau yang diorang dah sampai Muar dan terus ke rumah pengantin, time ni Nemo dan Qila dah menggelabah dan cepat-cepat bersiap.

Semua dah siap, kami bertiga ke tingkat 6 untuk Check Out dan setelah semuanya selesai kami bertiga memulakan perjalanan ke rumah pengantin di Taman Temiang Murni.

Sekian...

2 comments:

Hezesuze April 18, 2012 at 7:50 PM  

hahaha padanler rhuddy kata masih kt otel...entah2 baru bangun tido katenye rupenye tacap ratu lesung haha

RemyLC April 19, 2012 at 11:09 AM  

Kak Heze, tau x per... Semua make up nak cantik, Remy ni natural beauty jer...

Post a Comment