Perjalanan ke Muar, Johor

>> Friday, April 13, 2012

Tarikh : 13hb April 2012 (Jumaat)
Masa : 08.30 am - 05.30 pm
Lokasi : Shah Alam, Selangor - Muar, Johor

Pukul 06.50 am Remy dah bangun dan bersiap-siap untuk memulakan perjalanan yang agak jauh iaitu ke Muar, Johor. Sebelum memulakan perjalanan, Remy harus mengambil Qila dan Nemo (Qila di Kampung Melayu Subang dan Nemo di De Palma Hotel Shah Alam) dan masa yang ditetapkan adalah pada pukul 08.30 am.

Tepat pukul 08.30 am, Remy memulakan perjalanan dan semuanya selesai pada pukul 10.00 am (lambat sebab macam-macam yang perlu diselesaikan) dan terus memulakan perjalanan ke Muar, Johor.



Pukul 11.30 am kami bertiga singgah di sebuah perhentian (x pasti pula apa nama perhentian ni hahaha...) untuk mengisi perut dan menu yang dipilih adalah Yong Tau Fu, agak kurang lah tapi habis juga sebab masing-masing dah lapar (x breakfast lagi).





Perut dah diisi makanan, perjalanan ke destinasi yang dituju diteruskan. Tapi seperti biasa, sebelum tu masa untuk snap picture...



Tepat pukul 01.10 pm kami bertiga selamat tiba di Tol Tangkak, masa ni masing-masing dah semangat sebab dah sampai Muar, Johor.







Tapi rupa-rupanya nak sampai ke kawasan ni jauh juga dari Tol Tangkak, pukul 01.40 pm baru selamat tiba di lokasi yang dituju. Tapi semuanya belum berakhir selagi x jumpa hotel tempat bermalam...





Dan akhirnya pada pukul 01.42 pm, hotel yang dicari-cari iaitu Muar Traders Hotel berjaya ditemui.




Dengan perasaan gembira, kami bertiga ke tingkat 6 untuk Check In. Bilik 1106 adalah untuk Nemo dan Qila manakala bilik 1109 adalah untuk Remy, kedua-dua bilik dapat melihat pemandangan indah muara.




Qila dari balkoni bilik 1106




Nemo dari balkoni bilik 1106




Remy pun nak juga, hehehe...



Seperti biasalah, mesti snap picture...






Pemandangan indah yang dapat dilihat dari bilik Remy (bilik 1109)













Masa untuk rehat diberi sehingga pukul 05.30 pm dan masanya untuk tukar pakaian...




Sekian...

2 comments:

Hezesuze April 17, 2012 at 1:07 PM  

wow clust uols hahaha...weeei jom terjah blog akak tau baru jek update hahaha

RemyLC April 17, 2012 at 5:16 PM  

Kak Heze, wokey bebeh...

Post a Comment