Hangout with Wan

>> Saturday, June 2, 2012

Tarikh : 02hb Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 10.00 am - 03.00 pm
Lokasi : Wan Telur Berlada, Kg Kuantan & Sunway Pyramid

Salam kengkawan semuanya...

Sempena wedding sahabat Remy iaitu Shamsul (Achoi) dan Soleha di Perak, Remy dijemput hadir dan sebelum memulakan perjalanan ke Perak, Remy breakfast dulu bersama Wan di Wan Telur Berlada yang berlokasi di Kg Kuantan, Klang (nama dah sama kan tapi Wan ni bukan tokey Wan Telur Berlada).

Tiba di Wan Telur Berlada pada pukul 10.00 am, kami berdua lah pelanggan pertama pada hari ni (ais pun belum sampai lagi, terpaksalah minum air panas).



Dah nama pun kedai Wan Telur Berlada, so kami berdua pesan lah Nasi Telur Berlada bersama air Milo panas dan Teh Tarik. Sementara menunggu pesanan tiba, x sangka Wan sempat gali lubang hidung hahaha (saja nak fitnah, padahal Wan tengah termenung).



Setelah beberapa ratus saat, akhirnya air minuman pun tiba dengan selamatnya tanpa tertumpah hahaha...




Wan dengan muka mengantuknya...



Remy pula dengan muka chubby nya...



Dan akhirnya yang dinanti-nantikan pun tiba iaitu Nasi Telur Berlada...




Wan yang x sabar-sabar nak menjamu tapi dihalang Remy sebab nak snap picture dulu...



Remy yang agak gedik di pagi hari, hahaha...




Setelah kekenyangan, Remy dan Wan ke destinasi seterusnya iaitu ke TGV Sunway Pyramid untuk menonton cerita baru iaitu Snow White (x lah baru sangat hahaha).


Best sangat cerita Snow White, x sangka dah 2 jam berlalu. Keluar jer dari pawagam, kami berdua terus ke kereta dan bergegas ke Klang untuk hantar Wan ke rumahnya. 




Dah hantar Wan dengan selamat, tibalah masanya untuk Remy memulakan perjalanan ke Perak.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment