Hujung minggu di Melaka

>> Sunday, July 15, 2012

Tarikh : 15hb Julai 2012 (Ahad)
Masa : 10.00 am - 09.00 pm
Lokasi : Shah Alam - Melaka

Salam kengkawan semuanya...

Sebelum Remy memulakan entry ni, Remy ingin memohon ampun dan maaf kerana mulai pada hari ni setiap entry yang Remy update tidak akan ada picture seperti biasa kerana masalah teknikal (Bloggers minta bayar lah pula kalau nak upload picture, katanya Remy punya memori dah full - hattui)

..........

Klik FB Remy untuk melihat picture berkaitan entry ni.

..........

Hujung minggu kali ni Remy menghabiskan masa bersama keluarga tercinta, Remy sekeluarga ke kampung halaman iaitu Melaka. Setiap tahun sebelum Ramadhan Remy sekeluarga akan meluangkan masa untuk mengemas rumah kebun nenek Remy yang terletak di Kg Melekek ni.

Perjalanan dimulakan dari Shah Alam pada pukul 10.00 am dan kami sekeluarga selamat tiba di Melaka pada pukul 12.30 pm. Sampai jer kat rumah kebun nenek Remy, masing-masing terus mengemas. Mula-mula jer rajin, lama-lama buat hal masing-masing hahaha.

Proses mengemas x lah mengambil masa yang lama sangat sebab x banyak sangat sampah, yang ada cuma sarang semut dan habuk jer. Proses mengemas tersebut selesai pada pukul 02.25 pm dan disebabkan masing-masing kehausan so tibalah masa untuk menyejukkan anak tekak (nasib baik bawa kotak penyejuk tu).

Setelah selesai segalanya, Remy sekeluarga x terus pulang ke Shah Alam tapi menuju ke rumah nenek Busu Lijah yang terletak kat seberang jalan jer (Nenek Busu Lijah ni merupakan adik kepada nenek Remy).

Daripada pukul 02.45 pm hinggalah pukul 04.30 pm Remy sekeluarga melepak dan merehatkan badan yang kepenatan, lagi best dihidangkan biskut dan air milo panas perghhh thanks nenek Busu Lijah.

Sementara mak dan nenek Remy bersembang dengan nenek Busu Lijah di ruang tamu depan, Remy dan adik beradik Remy bergurau senda di ruang tamu tengah (ada juga yang tidur sebab kepenatan yang teramat).

Pada pukul 04.30 pm, Remy sekeluarga mula mengundurkan diri untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke Jalan Klebang Besar untuk merasa Coconut Shake.

Tiba di Jalan Klebang Besar pada pukul 05.10 pm dan masing-masing tergamam sebab terlalu ramai manusia yang datang untuk merasa Coconut Shake yang sangat famous ni. Rasanya dalam 10 minit Remy sekeluarga terpaksa berdiri untuk tunggu meja kosong, akhirnya berkat kesabaran Remy sekeluarga dapat pun meja untuk 9 orang.

Dah lah tunggu meja kosong 10 minit, terpaksa pula tunggu Coconut Shake lagi 10 minit sebab terlalu ramai manusia. Sambil menunggu Coconut Shake sampai, masing-masing menjamu nasi lemak yang disediakan. Disebabkan menunggu terlalu lama, x sedar dah makan 3 bungkus nasi lemak (sedap pula nasi lemak yang disediakan).

Pada pukul 06.10 pm, semuanya selesai dan bersiap sedia untuk pulang ke negeri Selangor Darul Ehsan. Perjalanan balik x macam perjalanan pergi sebab highway penuh dengan kereta yang ingin ke ibu kota. Remy sekeluarga selamat tiba di Shah Alam pada pukul 09.00 pm, jumpa lagi Melaka raya nanti.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment