Melawat Kak Heze

>> Monday, July 9, 2012

Tarikh : 09hb Julai 2012 (Isnin)
Masa : 10.47 am - 04.30 pm
Lokasi : DEMC Specialist Hospital, Shah Alam

Salam kengkawan semuanya...

Baru jer balik dari Kuala Terengganu, dapat rehatkan badan sekejab then terus bersiap untuk ke DEMC Specialist Hospital. Tujuan ke DEMC adalah untuk melawat Kak Heze yang baru sahaja berjaya melakukan pembedahan membuang bahan-bahan terlarang hahaha.

Sebelum ke DEMC, Remy bersama 3 rakan yang lain iaitu Qila, Nemo dan Que ke Kampung Melayu Subang (rumah Qila) dulu untuk menghantar barang dan bertemu dengan adiknya yang akan ke Perak untuk menuntut ilmu.

Cantik kan rumah family Qila, terasa macam balik kampung pula.



Nemo yang qila bergambar, gambar Remy yang x seberapa ni pun nak snap.




Nemo and Remy, we are cute... LOL




Setelah Qila berjumpa adik dan family terutamanya anak buah kesayangannya, kami semua terus menuju ke McDonalds Seksyen 3 Shah Alam untuk berjumpa Iz dan Khai (ramai-ramai melawat Kak Heze).


Semua dah berkumpul dan perut masing-masing dah berbunyi, so singgah lunch dulu di Restoran Azira yang terletak di Seksyen 10 Shah Alam. Semuanya makan dengan penuh berselera sampaikan licin pinggan masing-masing.

Selesai lunch, kami semua terus menuju ke DEMC untuk melawat Kak Heze. Sampai di DEMC pada pukul 12.30 pm, terus singgah di kedai cenderahati untuk beli bunga.




Masa untuk menulis...





Setelah beberapa puluh minit akhirnya gubahan bunga siap, lama betul akak tu buat gubahan hehehe.






Setelah semuanya siap, kami semua terus ke tingkat atas untuk melawat Kak Heze. Suka Kak Heze baca kad yang diberi, nak ketawa x boleh sebab perut dah kena tebuk so terpaksalah ketawa x ikhlas hahaha.






Qila, Nemo and Iz yang sedang mendengar cerita dari Kak Heze.




Que pun sama, sempat lagi senyum manja.




IV Drip Labelling, x tau apa kegunaannya tapi drip hahaha.




Tengah seronok bercerita, tiba-tiba datang akak nurse comel ni. Katanya "minta maaf sangat-sangat yer, hanya 2 orang yang dibenarkan masuk".






Hurmmm... Masing-masing kecewa, so terpaksalah akur dengan permintaan akak nurse tu.




Gemuknya Remy, orang balik pulau makin kurus tapi Remy sebaliknya.



Wajah-wajah mereka yang menunggu dengan penuh sabar.






Akhirnya tiba pun giliran Remy dan kengkawan, walaupun x dibenarkan masuk lebih daripada 2 orang tapi masuk jer hahaha. So tanpa membuang waktu, masa untuk bergambar hehe.




Remy and Kak Heze.



Pukul 01.40 pm tiba masa untuk beredar sebab masa mencemburui kami, waktu untuk menghantar Nemo ke Pudu Central (bas ke Perak pada pukul 04.00 pm). Disinilah perpisahan bermula, x sempat nak snap picture Nemo sebab park kereta kat depan Pudu Central yang teramat sibuk.

Tak hilang lagi perasaan sedih berpisah dengan Nemo, perasaan sedih menjadi berganda aka double kerana perlu berpisah dengan Que pula. Kami berpisah di depan rumah tempat Que menginap, walaupun muka nampak gembira tapi perasaan masing-masing hanya Allah SWT jer yang tau.






Perasaan sedih tersebut menjadi triple bila terpaksa berpisah dengan Qila pula hahaha, melampau-lampau lak nak sedih2 ni. Kali ni bukan Remy yang drive tapi Qila yang drive, katanya nak test drive Toyota Unser.



Akhirnya pada pukul 04.30 pm kami selamat tiba di rumah keluarga Qila, masanya untuk mengucapkan selamat tinggal.




Kepada Kak Heze, semoga cepat sembuh yer. Jaga elok-elok perut tu, jangan sampai lubang menjadi besar hahaha. Kepada kengkawan Remy yang lain, Remy sayang korang semua. Walaupun banyak dugaan dan cabaran tapi nilai persahabatan kita x akan mudah terputus melainkan ada yang memutuskannya.

Sekian...

2 comments:

Hezesuze July 30, 2012 at 11:42 PM  

hahaha ketawa xikhkas katenye ye... thanks remy lawat akak gonjeng.. sayang korang ketat2

RemyLC July 31, 2012 at 1:21 AM  

Kak Heze, hehehe yer lah akak ketawa tapi tahan-tahan...

Sayang akak juga ketat-ketat, muahhh...

Post a Comment