Printing t-shirt at Central Market

>> Saturday, July 21, 2012

Tarikh : 21hb Julai 2012 (Sabtu)
Masa : 02.00 pm - 06.15 pm
Lokasi : Central Market, Kuala Lumpur

Salam kengkawan semuanya...

Sila klik FB Remy untuk melihat picture berkaitan entry ini.

..........

Central Market atau Pasar Seni, itulah destinasi Remy di hari Sabtu yang indah ini. Remy tidak keseorangan tapi bertemankan Qila. Tujuan kami ke Central Market adalah untuk menempah t-shirt yang akan dipakai oleh setiap ahli Huru Hara Group dan pilihan kami adalah di MyT.

Remy dan Qila memulakan perjalanan dari Shah Alam menuju ke KL Sentral pada pukul 02.00 pm dan kami berdua selamat tiba di Central Market pada pukul 02.45 pm. Bukan hanya Remy dan Qila tetapi ada juga Iz, Nizam dan seorang kawan Iz turut serta (jumpa di Central Market).

Agak lama lah juga kami semua di MyT sampaikan x sedar jam dah menunjukkan pukul 04.10 pm dan dengan segera kami semua menuju ke Petaling Street untuk mencari sesuatu (x pasti apa yang dicari, cuma follow Iz jer hahaha).

Disebabkan dah pukul 04.30 pm, maka Remy dan Qila terpaksa mengundurkan diri untuk pulang berbuka bersama keluarga tercinta tapi sebelum tu singgah dulu di kedai anak patung untuk membeli anak patung kesayangan masing-masing (anak buah Qila minat Upin Ipin manakala anak buah Remy minat BoBoiBoy).

Alhamdulillah keadaan x berapa sesak dan kami berdua selamat tiba di Shah Alam pada pukul 06.15 pm.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment