Trip ke Pulau Perhentian : Hari Kedua

>> Monday, July 9, 2012

Trip : Pulau Perhentian
Tarikh : 06hb Julai 2012 - 08hb Julai 2012 (3H 2 M)

Salam kengkawan semuanya...

Hari kedua di Pulau Perhentian (07hb Julai 2012), Remy bangun seawal 06.00 am sebab kesejukan yang melampau hahaha. Bangun pagi terus mandi dan bersiap, pukul 08.30 am bila semuanya dah bangun barulah ke cafe untuk breakfast.

Selesai breakfast katanya ada aktiviti snorkeling, so untuk masa yang ada ni Remy duduk di tepi pantai untuk memikirkan masa depan hahaha.




Wahhh pasangan romantik Pojie and Nemo Leman mandi laut, katanya nak basahkan badan sebelum snorkeling.



Pukul 09.30 am semuanya dah siap untuk aktiviti snorkeling, almaklumlah aktiviti pertama sejak menjejakkan kaki kat Pulau Perhentian. Time ni Kak Heze dah x kuat sangat, katanya peranakan jatuh.




Sambil menunggu boat, membazir kalau masa terbuang tanpa bergambar.




Kak Heze.



Qila.



Remy and Nemo.



Dari kiri : Remy, Nemo, Qila and Rhuddy.



Iz.



Qila and Khai.



Nizam Sulaiman.



Pukul 09.50 am semuanya naik boat untuk aktiviti snorkeling. Ramai pula pelancong dari luar negara yang baru datang ke Flora Bay, welcome to Malaysia hehehe.





Semua dah masuk boat, tapi pakcik yang empunya boat x sampai-sampai lagi. So masing-masing menggila terutamanya Iz, tengok tu sampai ketawa sakan masing-masing.




Khai and Rhuddy.




Rhuddy.



Pukul 10.04 am akhirnya sampai pun pakcik ni, time ni dia menceceh jer ntah pasal apa tapi agak lawak lah juga (pakcik memang sempoi).



Dalam perjalanan menuju ke lokasi snorkeling yang pertama.




Tiba di lokasi snorkeling yang pertama, semua terpegun dengan keindahan batu karang yang boleh nampak dengan jelas.







Sebelum melakukan aktiviti snorkeling wajiblah bergambar.




Selesai snorkeling, terus menuju ke lokasi snorkeling yang kedua. Kat sini air lebih dalam dari lokasi pertama dan batu karang lebih cantik.







Selesai snorkeling di lokasi kedua, semuanya naik boat untuk ke lokasi snorkeling yang terakhir.







Tiba di lokasi snorkeling yang terakhir, kata pakcik tu kat sini ada jerung.




Masing-masing semangat nak cari jerung tapi x larat nak berenang ke kawasan tu sebab agak jauh bagi yang baru berjinak-jinak dalam snorkeling ni hahaha.






Pukul 12.00 pm semuanya selesai dan bersedia untuk ke Flora Bay, masa untuk lunch. Tengoklah Kak Heze and Nemo Leman, masing-masing dah mula sakit.



Kak Heze dipaksa untuk senyum, tapi Nemo Leman x boleh sebab katanya dia tengah tahan muntah and telan muntah balik euwww... LOL




Sampai kat Flora Bay terus lunch, semua kelaparan sebab snorkeling tadi. Kak Heze and Nemo Leman terus ke chalet untuk merehatkan badan, time ni kesihatan Kak Heze jatuh mendadak (dah x boleh nak gerak sebab sakit yang teramat, thanks to Iz for pain killer).



Pukul 02.00 pm boat pun sampai, masing-masing dah bersiap untuk pergi dari Pulau Perhentian. Sepatutnya balik pada 08hb Julai 2012 tapi segalanya berubah sebab ejen x sediakan aktiviti yang menarik (masing-masing termenung jer kat pulau hahaha), so semuanya rancang untuk ke Kuala Terengganu.





Pojie, menyeramkan.



Nemo Leman, Pojie and Khai.



Que and Iz.




Pukul 02.40 pm kami semua selamat tiba di Jeti Kuala Besut, mat saleh ni pula baru nak ke Pulau Perhentian hahaha.




Untuk memikirkan cara-cara untuk ke Kuala Terengganu kami semua minum dulu di C Putera Restaurant yang terletak berhampiran dengan Jeti Kuala Besut. Time ni semuanya tengok handphone masing-masing sebab baru dapat signal, bertimbun-timbun sms dan missed call hahaha.







Nemo and Remy.



Photographer and model.




Nemo and Remy again.



Akhirnya Iz telah mendapatkan pengangkutan untuk ke Kuala Terengganu iaitu menggunakan khidmat travel agent Cocohut.





Pukul 06.30 pm kami semua selamat sampai di Sumai Hotel Apartment.



Nizam Sulaiman.



Pojie and Nemo Leman, so sweet kan ?



Beg kami semua.



Menunggu di lobby, masing-masing dah kepenatan.




Remy and Que.



Tak sempat nak baring, kena keluar untuk dinner. Cantik kan pemandangan dari Sumai Hotel Apartment ni, kalau ada pantai lagi cantik tapi serik ah dengan pantai hahaha...




Lokasi dinner kami iaitu di KFC, sedap pula makan KFC bila dah terlalu lapar hahaha.











Lepas dinner ni lah segalanya berubah, Kak Heze, Iz dan Khai terpaksa pulang ke KL atas sebab-sebab tertentu. Kak Heze perlu segera ke hospital sebab kesihatan yang terlalu teruk, Iz dan Khai pula ada hal-hal penting yang perlu diuruskan di KL.

Bingung, itulah perasaan masing-masing time ni tapi segalanya perlu diteruskan. Yang tinggal adalah Remy, Qila, Nemo, Pojie, Nemo Leman, Que, Rhuddy dan Nizam Sulaiman. So kami berlapan meneruskan perancangan sebelum ni iaitu berkaraoke.





Nemo Leman lah orang yang pertama berkaraoke, sedap betul suara dia.




Pojie and Que, seronok betul diorang.




Nemo and Remy.



Nizam Sulaiman, sexy betul posing.




Nizam pula orang kedua yang berkaraoke.




Next adalah Rhuddy.



Rhuddy and Qila yang sedang sibuk memilih lagu yang sesuai dengan percintaan mereka hahaha.




Nemo Leman again, semua yang dia nyanyi lagu yg x pernah Remy dengar tapi best.




Tiba giliran Pojie, Nemo Leman pula tengah menguruskan orkestra (tengoklah tangan dia hahaha).




Bila Qila menyanyi, semua aksi ada (berdiri, duduk, baring, melompat semua ada).






Nizam Sulaiman again, semua lagu-lagu hits.




Qila bersama hantu yang dibawa dari Pulau Perhentian, seramnya hahaha.




Setelah dipaksa, akhirnya Nemo akur untuk menyanyi.




Duet antara Rhuddy dan Qila, tengok tu Qila tunjuk tanda bagus (dia tengah puji suara Rhuddy).




Seterusnya duet antara Qila dan Nemo.



Akhir sekali Que, best juga suara Que ni.



Pukul 11.30 pm semuanya selesai, x sempat Remy nak berkaraoke hahaha. Sebelum kembali ke Sumai Hotel Apartment, singgah dulu di 7 eleven untuk membeli apa-apa yang perlu. Sampai jer apartment masing-masing terus mandi dan merehatkan badan di ruang tamu, tengok movie sampailah mengantuk.

Nantikan aktiviti di Kuala Terengganu pada hari ketiga di entry yang akan datang.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment