Trip ke Pulau Perhentian : Hari Pertama

>> Monday, July 9, 2012

Trip : Pulau Perhentian
Tarikh : 06hb Julai 2012 - 08hb Julai 2012 (3H 2M)

Salam kengkawan semuanya...

Bas yang kami naik menuju ke Jeti Kuala Besut iaitu jeti tempat untuk mendapatkan boat menuju ke Pulau Perhentian, bas mula bergerak pada pukul 10.04 pm dan perjalanan sangat lancar pada malam tu.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeti Kuala Besut mengambil masa 8 jam dan sepanjang perjalanan tersebut hanya ada satu perhentian untuk merehatkan badan dan breakfast, lupa pula nama perhentian tu sebab x nampak signboard hehehe (tidur mati).




Setelah mengharungi 8 jam di dalam bas, akhirnya tiba dengan selamat di Jeti Kuala Besut pada pukul 06.00 am (06hb Julai 2012 bersamaan pada hari Jumaat - hari pertama trip ke Pulau Perhentian).

Dalam 2 jam 30 minit kami semua terpaksa menahan cuaca yang sejuk untuk mendapatkan boat, sambil menunggu dalam kesejukan lebih bagus minum minuman yang panas so masing-masing order minuman masing-masing.

Qila yang sempat pose peace walaupun sedang stim kesejukan hahaha.




Que yang sedang mengira duit, nak beli rokok kot time ni.




Pojie and his wife Nemo Leman, so sweet couple.



Kak Heze yang sedang sibuk mengupdate status FB, bila nak update Blog kak oi ?




Disebabkan pelanggan kat gerai mamak tu makin ramai dan kami semua dah selesai merehatkan badan, x nak lah buat orang x puas hati kan sebab duduk lama-lama padahal minum jer so kami semua mula berpindah ke depan Jeti Kuala Besut pada pukul 07.50 am untuk menunggu boat.

Nemo yang sangat comel, kata Qila macam rabbit.




Que yang sentiasa pose depan camera walaupun Remy nak snap picture candid.




Nemo dengan gaya peace, belakang tu Pojie, Nizam and Khai pun nak masuk frame.




Pada pukul 08.11 am barulah kami semua masuk ke dalam Jeti Kuala Besut, masing-masing x sabar nak menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian.



Rhuddy and Kak Heze, masing-masing kepenatan (almaklumlah faktor usia kan...)




Pasangan pengantin baru, Pojie and Nemo Leman yang sedang menunggu sambil menjamu buah mata kucing.




Nemo (setengah picture sebab x muat), Remy & Qila hahaha.



Kalau zoom out barulah Nemo boleh masuk hahaha, gurau2 jer k Nemo, x mo ambil hati.




Kak Heze yang x dapat menahan ngantuk terus tertidur, si Rhuddy pula tengah nervous nak naik boat hahaha.



Pukul 08.30 am barulah boleh naik boat, so masing-masing dengan perasaan gembira dan senang hatinya menaiki boat.

Kak Heze and Iz (depan).




Khai.



Nizam Sulaiman.



Qila, peace jer lah kau Qila hehehe.




Nemo pun nak peace, ok tunggu lah sampai pulau nanti still peace x ?




Rhuddy.



Pojie and Rhuddy.



Nemo Leman.



Pemandangan dari Jeti Kuala Besut, cantik kan ?



Bila semua dah naik boat, bermulalah sebuah pergelutan antara manusia dan angin + ombak hehehe semuanya sakit bontot.




Qila ni x abis2 dengan gaya peace dia, annoying betul.




Nizam Sulaiman and Rhuddy, Rhuddy dah mula mabuk laut tapi control macho hehehe.




Pojie and Nemo Leman hehehe x mampu lawan angin.



Nizam and Rhuddy, Rhuddy dah x dapat nak tahan time ni.



Setelah 30 minit mengharungi kekuatan ombak dan angin, akhirnya pada pukul 09.00 am kami semua selamat tiba di Pulau Perhentian.





Time ni semua terpegun dengan keindahan alam ciptaan - Nya, tengoklah laut tu boleh nampak ikan dan batu karang (jernih sangat air laut ni).



Masa untuk bergambar, masing-masing excited sesangat.



Mula bergerak ke chalet yang diidam-idamkan iaitu Perhentian Island Resort hehehe.




Qila nak ambil kenangan sebelum sampai ke Perhentian Island Resort.




Cantik nya pemandangan kat Pulau Perhentian ni, teringin duduk sini selama yang boleh.




Dari kiri : Nemo Leman, Qila, Nemo dan Pojie.



Dari kiri : Nemo Leman, Pojie, Qila dan Remy.




Dan disinilah segalanya berlaku...

Di Teratak Amelia ni segalanya berubah, segala yang diimpikan menjadi punah (melebih-lebih lak Remy ni). Time ni semua orang x puas hati dengan ejen yang bawa kami semua sebab yang dijanjikan adalah Perhentian Island Resort di Pulau Perhentian Besar tapi dia bawa kami semua ke Teratak Amelia di Pulau Perhentian Kecil, apa lagi mengamuklah semua sebab dapat tempat yang x berbaloi dengan apa yang dibayar.




Tengoklah tu, siap ada komodo sebesar Nemo lagi kat belakang chalet.




Setelah berbincang dengan cara baik dan kasar hahaha, akhirnya kami semua berjaya mendapatkan sebuah chalet di Pulau Perhentian Besar iaitu Flora Bay. Perjalanan ke Pulau Perhentian Besar bermula pada pukul 10.58 am dan sepanjang perjalanan ke Pulau Perhentian Besar habis basah lencun baju kami semua tapi enjoy sesangat.




Tengoklah tu, Nemo yang sedang mengharungi waktu-waktu yg sangat sukar dalam hidupnya iaitu melawan angin hahaha.




Pukul 11.10 am kami semua selamat tiba di Flora Bay dan terus ke chalet masing-masing untuk mandi dan merehatkan badan yang keletihan.

Setelah merehatkan badan, pada pukul 12.30 pm kami semua mula bergerak ke cafe untuk lunch.





Rhuddy.



Nemo.



Que.



Kenyang makan (sedap betul masakan orang pulau ni), yang masih penat lagi termasuklah Remy ke chalet lagi untuk merehatkan badan. Tepat pukul 04.00 pm Remy dikejutkan oleh Nizam, katanya ada makan petang di tepi pantai.





Thanks to Iz sebab belanja makan petang, sedap sangat Mee Hoon Goreng, cekodok and keropok (sedap dicicah dengan sambal yang disediakan).



Ni lagi satu perkara yang masing-masing x puas hati sebab ejen yang bawa kami semua ke Pulau Perhentian x menyediakan sebarang aktiviti untuk dilakukan, semua macam singa kekenyangan sebab duduk diam jer.




So satu permainan dilakukan iaitu permainan tenteng, Remy x main sebab x pernah main so biarlah orang-orang veteren yang main hahaha.







Semua orang bermain, yang Kak Heze ni pula sedap jer tidur atas buaian tu sambil ditiup angin pantai yang segar dan nyaman hahaha.



Penat bermain, semuanya menuju ke hujung pantai untuk mendapatkan signal telefon (x ada signal langsung kat pulau ni so memang tempat terbaik untuk orang yang nak elakkan diri dari tekanan kerja).

Disebabkan pemandangan kat hujung pantai ni cantik, so tibalah masanya untuk bergambar. Thanks to Nemo for this lovely picture, time ni Remy x bawa camera sebab tertinggal dalam chalet.












Puas bergambar dan azan Maghrib mula berkumandang, so kami semua dengan segera menuju ke cafe untuk dinner. Thanks Flora Bay sebab menyediakan hidangan yang sedap-sedap, suka sangat ikan goreng tepung nyum-nyum.



Selesai dinner, masing-masing melakukan aktiviti masing-masing seperti berjalan di tepi pantai, tidur, mandi, dan sebagainya.

Nantikan aktiviti di Pulau Perhentian pada hari kedua di entry yang akan datang.

Sekian...

2 comments:

Anonymous July 17, 2012 at 11:29 AM  

Mak jalan2 singgah sini... :P

Meat balls!!

Mya

RemyLC July 18, 2012 at 3:08 PM  

Mya, hehehe apa yg meatballs ?

Post a Comment