Iftar at Shah Alam

>> Tuesday, August 7, 2012

Tarikh : 07hb Ogos 2012 (Selasa)
Masa : 06.00 pm - 08.22 pm
Lokasi : Dataran Shah Alam (sebelah Muzium Shah Alam)

Salam kengkawan semuanya...

Sila ke FB Remy untuk melihat picture yang berkaitan dengan entry ni.

..........

Harini Remy berbuka puasa bersama Qila dan Mas dan lokasi pilihan adalah di Shah Alam sebab last minit punya plan. Kami bertiga berkumpul dulu di Seksyen 3 Shah Alam sebelum sama-sama bergerak ke Bazaar Ramadhan untuk membeli makanan.

Pukul 06.00 pm semuanya dah ada dan terus menuju ke Bazaar Ramadhan dan pilihan kami bertiga adalah Bazaar Ramadhan di Komples PKNS Shah Alam dan menu pilihan kami bertiga adalah seperti berikut :

01. Nasi Kerabu
02. Nasi Tomato
03. Yong Tau Fu
04. Rojak Singapore
05. Ikan Bakar
06. Air Honeydew
07. Air Jagung
08. Air Kelapa

Selesai beli makanan untuk berbuka, kami bertiga terus menuju ke Dataran Shah Alam yang bersebelahan dengan Muzium Shah Alam. Tak sangka ramai juga yang berbuka kat dataran ni, so sambil menunggu azan Maghrib masing-masing termenung melihat keindahan alam semulajadi ciptaan - Nya.

Bila azan Maghrib berkumandang jer, si Qila ni tiba-tiba lah pula kena migrain, kesian Qila hahaha. Remy dan Mas makan dengan penuh bersemangat tapi Qila makan sikit jer, katanya x tahan sangat. Remy memanglah x tau macam mana rasanya sebab x pernah kena tapi bagilah support untuk Qila bertahan hehe.

Disebabkan Qila x boleh lama bertahan, terpaksalah kami bertiga balik awal iaitu pada pukul 08.22 pm. Lokasi perpisahan adalah di Seksyen 3 Shah Alam, tiba-tiba time ni Remy dapat whatsapp dari Pojie katanya Pojie ada di Seksyen 3 Shah Alam juga time ni.

Dapat juga jumpa Pojie walaupun sekejap, dapatlah melepaskan kerinduan sebab last jumpa masa trip ke Pulau Perhentian.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment