Iftar at Sunway Pyramid

>> Saturday, August 4, 2012

Tarikh : 04hb Ogos 2012 (Sabtu)
Masa : 02.00 pm - 10.00 pm
Lokasi : Sunway Pyramid

Salam kengkawan semuanya...

Sila klik FB Remy untuk melihat picture yang berkaitan dengan entry ini.

..........

Antara yang hadir untuk berbuka puasa adalah :

01. Remy
02. Qila
03. Mya
04. Mas
05. Wan

Dan lokasi pilihan adalah di Bubba Gump yang terletak di Sunway Pyramid, semuanya adalah cadangan dari Mya (katanya sedap makanan kat Bubba Gump ni, berasaskan udang - nyummy).

Remy, Mas dan Wan sampai kat Sunway Pyramid awal iaitu pada pukul 02.00 pm sebab Remy nak potong rambut dulu di A Cut Above, thanks to Louis for this lovely hair hahaha.

Selesai jer potong rambut, kami bertiga terus menuju ke TGV Sunway Pyramid untuk beli tiket wayang. Tak banyak pula cerita yang best time ni, so terpaksalah pilih cerita Thailand iaitu Mae Nak. Mae Nak start pada pukul 04.00 pm, tapi disebabkan Qila dan Mya x dapat sampai pada pukul 04.00 pm so terpaksalah kami bertiga masuk dulu.

Rasanya dah setengah cerita Mae Nak ditayangkan, barulah muncul Qila dan Mya (lama betul sampai). Masuk-masuk jer terus tanya Remy jalan cerita, tu lah datang lambat lagi kan dah x faham jalan cerita.

Ok lah cerita Mae Nak ni, x der lah seram sangat (banyak lah juga merepek-merepek nyer). Selesai jer Mae Nak, kami berlima terus mencari World Of GPS (nak beli GPS lah, apa lagi kan). Dalam berbelas minit lah juga mencari tapi x jumpa-jumpa, rupa-rupanya salah tingkat (bawah lagi rupanya, oh my english hahaha).

GPS pilihan Remy adalah Papago R6300T, saja jer beli untuk memudahkan perjalanan. Time beli ni lawak sangat sebab apek tu asik kena bahan jer dengan si Qila, nasib baik apek tu sabar sebab bulan Ramadhan hahaha.

Lokasi seterusnya sebelum ke Bubba Gump adalah Foot Master - Dr Fish Spa, masing-masing takut nak try tapi akhirnya masuk juga. Yang paling gila masa ni adalah Qila sebab asik gelak, katanya geli dengan ikan tu. Kami berlima ambil masa selama 45 minit untuk Fish Spa ni, so terpaksalah Qila tahan geli (tapi lama-lama Qila dapat tahan).

Keluar jer kaki dari Fish Spa, masing-masing tengok kaki sendiri sambil cakap "wahhh cantik lah, dah cerah". Puas hati jugalah ke Fish Spa ni, dapat release tension. Disebabkan waktu berbuka dah hampir, kami berlima terus menuju ke Bubba Gump untuk berbuka puasa.

Tiba di Bubba Gump pada pukul 07.21 pm, kebanyakan orang dah siap sedia untuk berbuka tapi kami berlima baru nak masuk. Nasib baiklah ada disediakan buffet, so dapatlah berbuka puasa pada masa yang telah ditetapkan.

Masing-masing dah ambil makanan, penuh pinggan masing-masing (lapar punya pasal). Tiba-tiba berkumandang azan Maghrib menandakan dah tiba masanya untuk berbuka, so berbukalah semuanya.

Remy first time makan kat Bubba Gump ni tapi terus suka makanan yang disediakan, daging kambing and udang lah yang paling superb bagi Remy sebab Remy memang suka daging kambing and udang.

Sambil makan seperti biasalah, masanya untuk bergosip (bergosip tentang si dia, tentang si dia dengan si dia, si dia yang selalu last minit cancel, si dia yang blablabla banyaklah yang digosipkan hahaha. Disebabkan bergosip x sedar dah pukul 09.15 pm, so terpaksalah mengundurkan diri.

Sebelum berpisah, jalan-jalan dulu merentas Sunway Pyramid dalam 30 minit dan akhirnya bermulah saat-saat yang menyedihkan iaitu perpisahan pada pukul 09.42 pm. Hope dapat jumpa lagi, walaupun pertama kali jumpa Mya tapi dah macam lama kenal.

Sekian...

2 comments:

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ August 13, 2012 at 10:10 AM  

Thanks Remy for the lovely updates of the iftar... betul..baru kenal tapi mcm dah lama kenal.Trying my best utk buat uols rasa selesa dgn aku.. :) hehhe.. thanks again brother.. :)

RemyLC August 14, 2012 at 1:43 AM  

Mya, hehehe my pleasure. Remy pun try my best k hehehe...

Post a Comment