Iftar at Tirai Ratus, Shah Alam

>> Wednesday, August 15, 2012

Tarikh : 15hb Ogos 2012 (Rabu)
Masa : 07.00 pm - 08.10 pm
Lokasi : Tirai Ratus, Seksyen 3 Shah Alam

Salam kengkawan semuanya...

Semalam (14hb Ogos 2012) Remy ada chatting kat Facebook dengan Qila, katanya nak singgah ke butik Remy lepas balik kerja esoknya (15hb Ogos 2012 - harini) untuk sampaikan amanat daripada ibunda tercintanya. Nak tau apa amanat nya, nantikan di akhir entry ni hehehe.

Petang tadi Qila habis kerja pukul 05.00 pm terus menuju ke butik Remy yang terletak di Seksyen 3 Shah Alam untuk menyampaikan amanat ibundanya, alang-alang Qila dah sampai dan waktu berbuka x berapa lama lagi (kalau balik mesti jam) so Remy ajaklah berbuka di Tirai Ratus.

Disebabkan waktu bekerja Remy belum habis, so terpaksalah Qila tunggu selama hampir dua jam di dalam kereta (dah ajak masuk butik x nak, segan katanya).

Tepat pukul 07.00 pm, Remy dan Qila terus menuju ke Tirai Ratus untuk berbuka puasa. Nasib baik dah booking awal-awal, so x payahlah susah payah (sampai-sampai jer makanan dah dihidangkan).




Menu berbuka Qila, Nasi Beriani Ayam.




Menu berbuka Remy, Nasi Beriani Kambing.




Dan minuman yang menjadi pilihan, Sirap Bandung.




Qila dah x sabar nak merasa, lagi 10 minit jer nak berbuka so  bersabar jer lah k.




Qila dengan tudung barunya, tudung koyak rabak namanya.




Remy yang pemalu.




Berkumandangnya azan Maghrib menandakan telah tiba waktunya untuk berbuka puasa, sambil makan Remy dan Qila bercerita serba sedikit mengenai kehidupan peribadi masing-masing (dah macam superstar pula rasanya hahaha).

Tepat pukul 08.10 pm segalanya selesai dan Qila terpaksa pulang ke rumah untuk bersama keluarga tercintanya, walaupun x lama macam iftar-iftar sebelum ni tapi masa yang diluangkan bersama teman-teman amat berharga dan tiada tandingannya.

Sebelum berpisah, snap picture dulu.




Dan inilah amanat ibundanya Qila, thanks auntie untuk rempeyek yang sangat sedap ni.




Cantik kan ? Bukan sekadar cantik, tapi rangup sesangat (sekali gigit terasa kekacangnya).




Masa untuk menikmati rempeyek, thanks again auntie (ibundanya Qila).





Sekian...

0 comments:

Post a Comment