Selamat Hari Raya Aidilfitri

>> Sunday, August 19, 2012


Salam kengkawan semuanya...

Setelah kita berpuasa di bulan Ramadhan, bukan setakat berpuasa daripada makan dan minum tetapi di bulan Ramadhan kita berkesempatan untuk mensucikan atau membersihkan diri daripada segala perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.

Kini di bulan Syawal, kita berkesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama insan tersayang iaitu keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya.

Dengan ini, di pagi Syawal yang indah ini Remy ingin menyusun 10 jari tangan Remy memohon ampun dan maaf sekiranya Remy pernah membuat salah terhadap kengkawan semuanya samada sengaja maupun tidak sengaja kerana Remy ni hanyalah insan biasa yang tak dapat melarikan diri daripada membuat kesalahan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Mohon maaf zahir dan batin, kepada kengkawan yang memandu ke kampung halaman seperti Remy sila memandu dengan penuh berhemat. Ingatkah insan tersayang !!!

Sekian...

0 comments:

Post a Comment