Hangout with Masreyana

>> Friday, January 20, 2012

Tarikh : 20hb Januari 2012 (Jumaat)
Masa : 02.00 pm - 05.00 pm
Lokasi : Kuala Lumpur & SACC Mall Shah Alam

Setiap kali waktu Jumaat mesti jalan raya lengang sebab kebanyakan ummat Islam ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat, masa yang ada ni lah Remy dan Masreyana aka Mas memecut kereta ke Kuala Lumpur.


Tujuan Remy dan Mas ke Kuala Lumpur adalah untuk mengambil model kapal terbang atau dalam bahasa omputehnyer aircraft model yang terbaru iaitu Malaysia Airlines DC-10-30 (9M-MAS) dan (9M-MAT), untuk pengetahuan mereka yang belum mengetahui hobi Remy adalah mengumpul model kapal terbang (bukan yang RM 25 dari pasar malam or UpTown tapi yang limited world wide).


Mula bergerak dari Shah Alam pada pukul 02.00 pm dan kami berdua selamat tiba di Kuala Lumpur pada pukul 02.25 pm, tak lepak lama sangat sebab cuma beli 2 model jer so tanpa membuang waktu Remy dan Mas terus kembali ke Shah Alam. Oh ya, thanks Mas sebab ada bawakan bekal Kek Coklat yang sangat sedap, habis satu bekas Remy telan sebab sedap sesangat (next time buat lagi k).


Pukul 04.06 pm, Remy dan Mas selamat tiba di SACC Mall Shah Alam. Tujuan kami ke SACC Mall bukanlah untuk tengok wayang sebab memang x der wayang, tapi tujuan ke sana adalah untuk mengisi perut masing-masing yang dah kelaparan.




Sepanjang bulan Januari 2012, ni pertama kali Remy menjejakkan kaki kat SACC Mall. Bila masuk jer, terus tergamam dengan hiasan baloon yang berbentuk naga yang sangat indah dijadikan pentas.



Lokasi makan tengahari / makan petang Remy dan Mas adalah di Secret Recipe, dan menu yang menjadi pilihan kami berdua adalah seperti berikut.

Mas - Spaghetti Meatballs




Remy - Satay



Remy - Curry Seafood Laksa




Dan inilah kami berdua, hehehe...






Sambil makan, mengumpat dan mengutuk masing-masing sehinggalah makanan habis pada pukul 05.00 pm dan masanya untuk kami berdua berpisah untuk ke haluan masing-masing.

Sekian...

Read more...