Wedding Sayidus Suhada & Tiara Zahira

>> Saturday, January 21, 2012

Tarikh : 21hb Januari 2012 (Sabtu)
Masa : 01.00 pm - 04.30 pm
Lokasi : Kg Kuantan, Klang


Sebelum ke cerita utama, Remy nak intro serba sedikit mengenai pasangan pengantin Sayidus Suhada dan Tiara Zahira ni. Mereka berdua ni adalah sahabat Remy sejak menuntut di Pesantren Ma'had Al-Zaytun di Indonesia pada 1999 lagi. Tiara Zahira adalah satu angkatan dengan Remy iaitu angkatan pertama pelajar dari Malaysia yang menuntut di Pesantren Ma'had Al-Zaytun manakala Sayidus Suhada adalah pelajar yang berasal dari Kalimantan, Indonesia. Remy mula berkenalan dengan Sayidus Suhada sejak sebilik dengannya iaitu di bilik 217.

Kisah percintaan Tiara Zahira dan Sayidus Suhada bermula selepas Remy dan beberapa pelajar dari Malaysia yang lain keluar dari Pesantren Ma'had Al-Zaytun iaitu pada tahun 2001 (Remy dapat tau dari Sayidus Suhada tadi hahaha).


Ok kembali ke cerita utama...

Majlis bermula pada pukul 12.00 pm, tapi Remy dan Azzy tiba di lokasi majlis iaitu di Kg Kuantan, Klang pada pukul 01.00 pm kerana sesat entah ke mana-mana (salah informasi). Sebenarnya Remy, Azzy dan Nadiah kerana kami bertiga adalah saudara yang sama-sama pernah menuntut di Pesantren Ma'had Al-Zaytun tetapi kesihatan Nadiah tidak mengizinkan Nadiah untuk turut serta.




Sampai jer kat rumah pengantin, Remy dan Azzy terus ke tingkat atas untuk bertemu dengan pengantin perempuan iaitu Tiara Zahira. Setelah berbual, kami berdua ke bawah untuk menjamu nasi minyak tetapi sebelum tu terserempak dengan adik pengantin iaitu Marisa (Marisa pun pernah menuntut di MAZ).




Setelah berborak dan bergambar, Remy dan Azzy ke bawah canopy yang serba indah berwarna purple dan menjamu hidangan yang disediakan (paling Remy suka lauk ayam, memang superb).





Setelah menjamu, Remy dan Azzy kembali ke dalam rumah pengantin untuk merehatkan badan. Sambil duduk-duduk, kami bersembang antara satu sama lain termasuk Habsah dan Kak Chik serta kawan-kawan dari Indonesia yang sanggup terbang ke Malaysia untuk menyaksikan persandingan Tiara Zahira dan Sayidus Suhada.

Di bawah ni adalah picture Azzy dan Habsah.



Akhirnya, ketibaan pengantin lelaki iaitu Sayidus Suhada dan Kak Tiara bersiap sedia untuk bertemu menjadi satu hehehe...




Mungkin senyuman ni yang membuatkan Sayidus jatuh hati dengan Kak Tiara : D



Pelamin yang serba purple, my favourite colour...




Setelah bersatu, pasangan pengantin menuju ke pelamin untuk sesi Merenjis.



Kumpulan kompang yang sedang memainkan lagu "We Belong Together", sakit telinga Remy sebab dekat sangat hahaha...



Pasangan yang diumpamakan sebagai "bagai pinang dibelah dua".





Dari kiri adalah Marisa, Azzy, Habsah dan Kak Chik yang pernah mengajar Remy mengaji dulu...



Merenjis oleh ibu Sayidus.



Merenjis oleh bapa Sayidus.



Dan tiba masa untuk penganti bergambar bersama keluarga.






Terharu sesangat bila tengok kawan-kawan semuanya dah berumah tangga. Disebabkan ada wedding satu lagi, Remy dan Azzy terpaksa mengundurkan diri untuk ke wedding seterusnya.






Malangnya, kami berdua terpaksa membatalkannya sebab dah terlalu sesat dan dah petang. Remy dan Azzy kembali ke Shah Alam.

Buat Sayidus Suhada dan Tiara Zahira, Remy ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat, amin !!!

Sekian...

Read more...