Perginya seorang DIVA : Whitney Houston

>> Monday, February 13, 2012


Dadah musnahkan hidup dan kerjaya Whitney Houston
sumber : Berita Harian, 13hb Februari 2012 (Isnin) : HIP4 - HIP5

Bakat penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Grammy sebanyak enam kali dikesan oleh seorang penerbit muzik terkemuka Clive Davis yang mendengar Houston membuat persembahan di sebuah kelab malam di New York.

Terpersona dengan keindahan vokal penyanyi itu, Davis langsung menawarkan kontrak rakaman kepada penyanyi itu. Beliau yang dianggap sebagai mentor oleh Houston, berjaya membentuk kerjaya penyanyi itu selama 25 tahun.

Di sepanjang perjalanan itu, pelbagai kejayaan diraih Houston, malah kehebatan vokalnya ternyata sukar ditandingi penyanyi lain. Namun sayangnya, di penghujung kerjaya penyanyi itu, hidupnya hancur kerana kesilapan menjadikan dadah sebagai teman baik.

Jualan albumnya yang sebelum ini pernah mencecah sehingga 170,000,000, semakin menjunam, dia tidak lagi mendapat kepercayaan komposer untuk mendapatkan lagu-lagu hit.. Imej baiknya sekali gus tercalar oleh tingkah laku liar dan penampilan peliknya di depan khalayak.

Houston pernah membuat pengakuan menyalahgunakan kokain, ganja dan pil. Akibat daripada penggunaan dadah, dia menanggung kesan apabila suaranya menjadi garau dan serak sehingga tidak mampu untuk menyanyikan lagu bernada tinggi seperti zaman kegemilangannya dulu.

Dalam temubual dalam rancangan Oprah Winfrey pada 2009, Houston menceritakan bagaimana ibunya pernah datang ke rumah anak perempuannya dengan pegawai Sheriff bersama-sama dengan perintah mahkamah berikutan masalah penggunaan dadah.

"Ibu saya berkata, aku mempunya injuksi mahkamah di sini. Sama ada awak mahu mengikut saya, atau kita tidak akan lalkukannya langsung, tetapi kita berdua pergi ke televisyen dan awak bersara," imbau Houston.

Perkahwinannya dengan penyanyi, Bobby Brown pada 1992 dikatakan menjadi punca kejatuhan Houston. Sejak berkahwin dengan Brown, dia menjadi semakin liar dan dikatakan menjadi punca terbabit di dalam penagihan dadah.

Selain berbakat dalam bidang nyanyian, Houston buat kali pertama mencuba bidang lakonan. Filem pertamanya The Bodyguard yang menyaksikan dia digandingkan dengan Kevin Costner mendapat kejayaan di peringkat antarabangsa.

Malah lagu daripada album berkenaan turut menjadi hit.

Houston kemudian kembali ke dunia lakonan pada 1995 dan 1996 menerusi Waiting to Exhale dan The Preacher's Wife.

Read more...