Rumah contoh Carmita & Benita by IJM Land at SA2

>> Sunday, February 19, 2012

Tarikh : 19hb Februari 2012 (Ahad)
Masa : 11.20 am - 02.15 pm
Lokasi : Shah Alam 2

Salam kengkawan semuanya...

Tadi Remy dan abang Remy iaitu Mohd Ridzwan bersama Siti Noor Farah ke Shah Alam 2 (SA2) untuk melihat perkembangan projek perumahan yang dijalankan oleh IJM Land iaitu Carmita dan Benita yang hampir siap (rasanya dah 60% siap).

Mula-mula sekali kitorang pergi melihat rumah contoh Carmita yang telah siap dihias dengan perabot, serba lengkap lah macam rumah yang telah siap untuk duduk. Di bawah ni adalah picture bahagian dalam rumah contoh Carmita, walaupun kat luar dah diberi amaran "NO CAMERA" tapi ada Remy kisah hehehe...



Ruang tamu



Ruang makan




Ruang dapur




Tangga kejayaan, hehehe...



Ruang tamu (diambil dari tangga)



Ruang tamu atas



Ruang tidur utama




Eh tetiber ada picture sepasang burung merpati ni hehehe...





Ruang tidur



Ruang tidur





Dah puas tengok keliling rumah contoh Carmita, seterusnya ke rumah contoh Benita. Rumah Benita lah yang akan didiami oleh Mohd Ridzwan dan Siti Noor Farah bersama anak kesayangan iaitu Nur Iman Qistina.

Masuk jer dalam rumah contoh Benita terasa bagaikan di dalam mimpi sebab sekeliling serba putih, masih belum siap sepenuhnya (barang-barang untuk rumah contoh Benita belum dimasukkan lagi).

Untuk pengetahuan kengkawan semua, design rumah Carmita dan Benita adalah sama cuma rumah Carmita luas sedikit daripada Benita, so jom sama-sama kita tengok bahagian dalam rumah contoh Benita.













Sama kan bahagian dalam rumah Carmita dan Benita ?. So senanglah nak tiru gaya susunan bahagian dalam nanti hehehe... Bawah ni pula picture rumah Carmita yang dalam proses, Remy snap dari anjung rumah Benita.






Ni pula rumah contoh Benita yang telah siap tapi belum ada barang lagi, lihatlah betapa luasnya halaman rumah bahagian tepi.






Setelah puas melihat sekeliling kedua-dua rumah contoh, kami bertiga pulang ke Shah Alam.

Sekian...

Read more...